Anime - Princess Resurrection

Assalamualaikum...   saya sedang tengok anime 'Princess Resurrection' di Youtube!!  Tajuk dia agak menyeramkan yang bermaksud 'Puteri Kebangkitan'... huwa huwa huwa.. first time tengok pun boleh menyorok bawa katil.  Puteri ni saya tak tau la puteri monster jenis apa (vampire, werewolf, amfish, setan atau sewaktu dengannya).

Ini gambarnya.


Aha, Hime-san!!   Atau Ouju-san?  Tapi yang saya tahu dua-dua ni gelaran untuk Princess sorang ni.   Dia ada banyak watak tapi saya saja malas nak letak. Uhuhuhu...  tapi cerita dia memang best. Tak seram pun. Saya yang penakut ni pun tak seram ini pulak korang, kan? He he he..  


Gambar pertama- Hemi-san bersama-sama gergaji semasa hendak membunuh Invisible Man. Habis kucar-kacir rumah dibuatnya.. heh he he he...
Gambar kedua- Hemi-san dengan hero cerita yang bernama Hiro.. (ekhem nama pun dah hiro..)   Saya belum habis tengok cerita ni so tak tau ending.  Kalau saya tau pun saya tak akan beritahu.. he..  tapi si Hiro ni memang banyak peminat. Cerita ni ada 3 Heroin 1 Hero.   Padahal ketot aje. Lembap pulak tu. Saya suka Hemi-san!!!
Gambar ketiga- Si heroin pertama bersama-sama apa tu?  tak jelas la.  Hmm...  tapi senjata untuk membunuh lah...  


Aha, gergaji yang dilumuri darah!!   Ini semasa Hemi-san nak membunuh Jolo Wildman.  Adik Jolo ialah Liza Wildman.  Liza memang cantik tapi Hemi-san lagi cun.  Just gambar kali ni memang hodoh sebab saya tak dapat cerita yang cantik-cantik.  Agak menakutkan... gulp.


Gergaji lagi!! Rasa-rasanya saya tak perlu membebel lagi, kan?  ^^-


Comel tak logo ni?   Gergaji dengan tengkorak bermata sinar siap tiara lagi tu!!   Ha ha...  ini ke logo Princess Resurrection?  Saya tak pasti.  Tapi comel kan? Hihihi...

OKEYLAH!! ITU SAHAJA!!  ARIGATOHUZAIMASU (terima kasih) KEPADA YANG SUDI MEMBACA!!!

~ wirawanceritera.blogspot.com ~

0 orang hitam:

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012