Happy Birthday Happy Birthday!! ~second~

ASSALAMUALAIKUM PEMBACA...   


Cuba teka hari jadi siapa?  Of course la mak saya yang bernama Fairuziah Mohd Esa...  umurnya ialah tut tut tut... mana boleh bagitau.. peribadi tu!!  Gambar kat atas ni gambar masa kami sekeluarga di Fraser's Hill, baru je pergi semalam. Ini mak ayah saya.. he he he..
Sebenarnya harijadi mak saya esok iaitu 13 Jun 2011, tapi masalahnya saya mana boleh online masa sekolah!!  *berdebar bila cakap pasal sekolah*
Apa-apa pun..
HAPPY BIRTHDAY, MAMA!!

Bila pula harijadi mak masing-masing? Komen lah, kongsi-kongsi cerita tu.. lelaki perempuan semuanya sama manusia juga.. jangan malu-malu okey!!   BTW, cantik tak gambar ni? hhehe... kejap kejap saya letak gambar saya...

Aha ha ha ha.. si penyibuk dah masuk.. sudah la perasan cun.. haha... ini dekat depan Tempat Makan Awam atau apa-apa lah namanya.. memang sejuk habis...  ekhem. Saya ada sedikit ucapan untuk bondaku tersayang.

Oh mama...

Eh macam lagu 'O Mama' pulak. Tukar-tukar..

Oh ibuku yang ku panggil 'mama'...  Kakak nak ucapkan selamat jari jadi kepada mama...  oleh sebab tak dapat nak ucapkan masa Happy Mothers' Day, biarlah kakak cakap sekarang.

Ok tak mukadimah awal?  *minum air masak*  Ekhem!!

Ma, terima kasih sebab melahirkan kakak...  semoga mama panjang umur dan murah rezeki serta ilmu..  semoga mama ceria selalu sehingga ke akhir hayat mama...  Ma, jangan tension sangat tau kerja tu.  Nanti ada apa-apa, kami yang susah. 

Ayat terakhir memang kena pangkah. Entah siapa-siapa yang tulis entah.. hehehe... gurau je.. sambung lagi..

Mama, jaga kesihatan tau.  Jangan sampai sakit.  Apa-apa pun,  mama yang terbaik.  TERBAIK!!!!!  I know you love to watch Boboi Boy.. ha ha ha.. ops....

Amacam? Okey tak?  Biasa.. hehe, gurau je.. Malangnya mama takkan dapat membaca ayat ni.. tapi mesej ini dapat dihantar ke hati mama oleh sebab saya ikhlas menulis suratan ini.. ehe he he!!  Apa-apa merepek aje saya ni.. komen tau!! Bye, Assalamualaikum...  


0 orang hitam:

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012