[Cerpan]:~ Pertukaran [Pengenalan Watak]




OK. Serius. Ini cerita budak-budak!! Jadi, cerita ni mungkin terlebih merepek or merapu?? Memang tak dapat nak dibandingkan dengan korang semua yang dah terer-terer segala. Tapi, walau apa-apa pun, Mai harap korang sudi komen cerita ini. Segala kandungan cerita ini tidak ada kaitan dengan yang hidup dan mati. Dan semuanya 100 PERATUS ASLI daripada Mai. Bayangkanlah betapa penatnya Mai nak fikir dan taip. Harap korang jujur dan tidak copy and paste di tempat lain. Thanks.


 
Hero ialah Mohamed Najmi Risham bin Dato' Nazim. Umurnya 16 tahun. Anak seorang kaya , dato'. Bersekolah di sekolah elit Sekolah High Sky. Degil , gila sikit tapi genius lagi genius daripada kakak dia Najwa la. Tak rapat dan tak suka rapat dengan budak perempuan kecuali kakaknya. Ada kawan baik sejak kecil. Campuran German-Melayu.

 
Heroin pulak bernama Noora Saidatul binti Mohammad Alif. Umurnya baru je 13 tahun, freshies di Sekolah High Sky. Anak orang biasa yang dapat biasiswa dan dapat pass exam di sekolah tersebut (sebab tu la lepas situ. Hahak). Garang, cantik, pandai dan tidak mudah mengalah. Salah seorang ahli Kelab Bunga.

 
Kakaknya si Najmi iaitu Noor Siti Najwa binti Dato' Nazim. Lebih dikenali sebagai Najwa atau Wawa. Genius jugak. Mempunyai paras rupa yang cantik, direct, dapat baca perasaan orang dan cuba menggembirakan orang. Dia mula-mula bersekolah di Sekolah High Sky, namun kemudian berpindah ke Sekolah Antarabangsa Sinar Bintang [LOL]. Suka paksa Najmi. Campuran German-Melayu jugak.

 
Kawan baik Najmi , Irsyam Ahmad bin Dato' Jainudin, sebaya dan sekelas Najmi. Kawan sejak kecik la katakan. Selalu berkomplot dengan kakak Najmi. Tapi watak yang paling baik dan keliru. Tak pandai sangat. Biasa je. Dia satu-satunya manusia yang tahu rahsia Najmi (selain Najmi dan Najwa).  Darah campuran British-Melayu. 


Sinopsis
Najmi , salah seorang pelajar lelaki di Sekolah High Sky, dipaksa menjadi seorang perempuan dan join group Kelab Bunga atas kesilapan kakaknya Najwa sendiri. Najmi takde pilihan lain selain menerima "tawaran maut" Najwa itu. Macam-macam perkara berlaku ketika dia menjadi ahli Kelab Bunga. Selalu bengang dengan Noora. Hanya Irsyam dan Najwa mengetahui rahsianya. Diam-diam , rupa-rupanya...


OK.. ini pengenalan watak-watak UTAMA SAHAJA. Takde masa ni . Hehe. Segala pertanyaan sila tanya di kotak komen. OMG. Harap korang sudi komenn!!! >,<"  

2 orang hitam:

Zurah NA said...

Farihah !! Kite suke entry ni ! menarik minat membaca,,
And blog awak semakin cantik ! Kite suke :))

D' Black Writer said...

Zurah NA: Hai Nazurah <3 Thanks sbb sudi membaca..hehe.. ^^ Blog awk pun cantik :D

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012