Game: Osu! [For otaku xD]



Huih. Banyak kali udah Mai update pasal anime, ni pasal games pulak. Ohohoho! *ketawa ohohoho kuat-kuat sambil tutup mulut dengan belakang tangan*. Korang bayangkan jelah macam mana Mai buat tu ye. Ekekeke. xD Memang tak tercapai dek akal kot. xD 

Ok. Buat pengetahuan korang, Mai memang suka main game. Lagi-lagi game online. Haha! Semua Mai layan je. xD Pastu, suatu hari, kawan internet Mai ni, nama dia F, dia perkenalkan satu game ni dekat Mai. Kena download.. *kerut dahi*. Tapi oleh sebab dia nak sangat Mai download, so, yeah, Mai download lah. Ini profile Mai:

Inilah dia profile chumel Mai. =P  Takde profile pic sebab , dia asyik cakap saiz fail gambar tu besarrrrr je. Menyampah. hahaha.

Ok. Bawah-bawah ni, Mai tunjuk apa isi game tu ye? Harap ada sesiapa sudi layan.. hahaa.. xD And, anyway, game ni best sebab lagu-lagu latar belakang permainan dia , SEMUA LAGU BERDASARKAN ANIME!!! Hohohoho!! =D Best kan? Dah. Jom terjah:

Ini main menu game tu. =D

Ini pun sama main menu game tu, cuma ni bila Mai dah tekan button "PLAY" tuh. Jom tengok game solo. =D

Ini la game solo, yang Mai anti gila! xD Susah gila wei nak main. *Anyway, ni main lagu Romeo & Cinderella

Yang ni pulak game untuk multiplayer. Kalau nak main dengan lagu, kena download banyak-banyak ler. Fufufu.

Inilah yang ada bila Mai tekan button "SPECIAL"!! Dia ada dua game. Jom terjah Catch the Beat dulu. xD Tangkap-tangkap buah.

Hohoho! Inilah dia... game CATCH THE BEAT. xD Boleh tahan susah, boleh tahan senang. Ikut rentak lagu tu ler. Paling sakit hati bila terlepas buah, kena ulang daripada awal. Fuh. xD

Ini game TAIKO tuh. Ngee. Ini pun sama susah dengan SOLO, cuma ni lagi best. Kekeke. =3 Kalau dekat arked game, korang pernah jumpa tak game yang macam dua drum besar gedabak tu?? Haa... game ni sama la dengan permainan arked drum besar gedabak tuh! xD 

Bila dah lepas main game tu, mestilahh ada result, ye idak? So.. inilah tempat result tuh! xD Mai dapat GOLD S! Woop woop. Eceh. Sekali-sekala je kott dapat golden S ni. *kerut dahi*. Dia ada ranking dia. Yang pertama; golden S. Kedua; A. Ketiga; B. Keempat; C. Kelima; D.  Itulah setakat Mai tahu. Taktahu la pulak kalau ada rank lain.

Kalau main game, kan ada latar belakang lagu-lagu, so, yeah, inilah tempat pilihan-pilihan lagu yang kita dah download. Ohohoho. xD Benda bulat kat tengah-tengah warna pink tu, ignore je. Tu cursor. xD

Ok.. itu ajelah gambar-gambar yang Mai ada. =3 Best, kan? Dah. satap. Nak main game. Hahaha. xD Thanks kepada yang sudi membaca. Hehehe! =D Jumpa lain kali.

Assalamualaikum.
~Love, Mai~


0 orang hitam:

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012