Happy Holidays!!



*selak kalendar*
Uyyo, hari ni 25 Mei 2012 lah!! Ecece.. buat para pelajar sekolah tu, semua dah dok teruja dahh . xD Apa dia?? Hmm, sah-sahlah cuti sekolah selama 2 minggu!!! Hip hip hooray~ bak kata Spongebob, yerr. Hehehe. Amacam? Gembira tak? Hish. Mesti la. Ayah dah tempah hotel lagi. Kekeke. xD

Tapi , tapi.. cuba dengar ayat ni yer:
"Semakin lama cuti sekolah, semakin bertambah la homework kite yokk."

Hamboih. Siapa pulak cakap tu? Hahaha. Macam nak buat hypothesis dekat subjek Sains Section B pulak kan? xD Dah dengar ayat tu, apa lagi, cepat-cepat lah diri , Mai oi! *sepak muka* . Ok tu mungkin merapu. Just nak bagi peringatan buat diri dan para pelajar yg sebaya segala, sila jangan lupa diri kat homework tu. Homework tu bukan invisible.. xD

Banyak gila kerja Mai kena buat. Takpo la. Cuti 2 minggu. Boleh buat esok.  
~hoii, ayat berbahaya tu!! ini lah ayat yang bagus untuk dicontohi bagi pelajar-pelajar suka menangguh kerja seperti orang yang tgh menaip ni~

Somehow, korang tahu kan Mai dah pindah ke asrama? Isk iskk. Dah 29 hari setengah Mai duduk dekat asrama. Belum cukup sebulan, sebab hari ni setengah hari je Mai dok asrama. Huhuk. Ini la kali pertama Mai dok asrama. Kadang-kadang homesick, cuma tak menangis laa. Malam pertama tu ja , err , kolam air mata pecah. Eceh! Hahaha! xD

Hmm... hidup kat asrama ni memang agak mencabar bagi Mai; dan juga memenatkan. Fuh. Sebab, dok asrama, hari-hari biasa tu, kita studi je kerja. So, yeah, otak pun dah penat exercise, dah kategori slim sekejap.. Sebab tu la Mai rajin makan dah tidur! Tidakkk!! >,< Ini ,.. tidak adil, tidak adil, tidak adil, bagikuuu.. :P Suara merdu gemersik yang asli sudah lancar meluncur daripada bibir ini.. xD

Tapi, seriously, Mai sometimes susah nak cari kawan dekat sini. Dulu kat sekolah lama senang je tau! Petik jari je! Kat sini, susah bhai.. entah kenapa?? 

Mungkin sebab ni sekolah asrama, yakni orang bermacam ragam dari seluruh Malaysia ni. Bukannya semua orang Johor, ye tak. Orang Selangor, KL, Perak, Sarawak , Sabah semua ada tauu. >,< Jadi Mai susah sikit la nak cari. Ada orang kaya , orang miskin pulak tu. Kadang-kadang terpikir jugak, apsal ada orang kaya dan miskin di dunia ni? Ayah Mai pun cakap;

"Kalau semua orang kaya , siapa nak membuang sampah dan bersihkan bangunan? Kalau semua orang miskin pula, siapa nak merasai nikmat Allah?" ~ayahandaku

Yeah, 'cha get the point, daddy! Hoi. XD Speaking London Indon pulak tiba-tiba. Kadang-kadang tu, bila rasa hari Mai dijalani dengan teruk bak duri (?) , Mai cuba ingatkan pulak quote Matsaleh yang tak diketahui asal-usulnya ni;

"Believe that today is better than yesterday and tomorrow is better than today." ~unknown

Yeahhh , yeahh , tabahlah wahai Farihah. =D Hidup asrama ni mungkin mencabarkan; dan mungkin itulah mematangkan kita, ye dokk? Tapi tak matang-matang pung. Kekeke. xD Step by step, Farihah. Keputusan exam Mai baru-baru ni agak mengecewakan, nasib baik ayah Mai ada. Dia cakap Mai terkena "culture shock". Hamboi. Dahsyat bunyinya.

Ok laa. Nak dengar lagu. Ecece.. anyway, HAPPY HOLIDAYS KORANG!!! =D Nah, satu lagi quote sebelum Mai meninggalkan post ni. 

"Yesterday is history,
Tomorrow is mystery,
And today is a gift.
That's why it is called as 'present'."

Setakat itulah bebelan merapu Mai pada petang yang berbahagia dengan awan  berwarna putih bak cotton candy, semoga berjumpa lagi. Assalamualaikum.

~Love, Mai~

0 orang hitam:

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012