Perbezaan Jantina Lelaki dan Perempuan



Hai . Jangan tak jawab salam butterfly tu . ;)

Okey.. hai korang! Kali ni, Mai update pagi-pagi. Maklumlah, dah lama tak update pagi-pagi yang indah ni. Kecuali waktu pagi-pagi buta, selalu jugak kot Mai update? Hahaha. ;P Cuti sekolah je ada masa buat macam ni. Time sekolah mana ada can, lagi-lagi dok asrama. Huish. -___-

Seperti yang semua tahu, kat dunia ni ada dua jantina je bagi manusia. Yang lain-lain tu tak dikira (lol fikirlah sendiri). Jantina-jantina tersebut ialah lelaki dan perempuan. Heh, tak payah la Mai cakap banyak-banyak. Memang budak 5 tahun pun dah tahu. Ok so apa Mai nak cakap pasal dua jenis makhluk ciptaan ALLAH S.W.T.  ni?


Kadang-kadang bila baca something dekat FB tu, memang baran jugak la. Lagi-lagi apabila ada orang menyatakan bahawa fact yang kononnya memang ,,, memang semua orang buatlah kiranya! Bila ada orang keluarkan fact macam tu, rasa nak baling je dumbell kat diorang. 

Tak faham? Ok, bawah ni contoh diorang cakap pasal orang perempuan:
-klik gambar-

ataupun bawah ni:

-klik gambar-

Ok fine. Annoying boleh tak kalau diorang dok komen, "haah perempuan memang macam tu" ataupun "perempuan....memang!" dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Huaa. Tak suka bila diorang cakap semua sama. Bukan perempuan je tau. -_____- 

Mai pun ada member, lelaki, walawey.. dia sebijik je dengan perempuan dalam gambar tu. Mai pun takde lah macam perempuan dalam gambar tu. Mai siap dalam 3 minit cool ja. o___o apa? tak percaya? ikut sukati. xD Tapi Mai rasa, mungkin sebab dah majoriti perempuan macam ni... so they said semua perempuan sama sebijik ler.. Ouh gitu... 

Tapi Mai tetap annoyed. -_______- 

Instead. Kadang-kadang perempuan pun cakap macam ni.. "semua lelaki sama je", yeah memang betul macam dalam gambar tu (tapi tak semua :P). Oke. Kenapa perempuan selalu cakap macam tu ye? o__o Can I know why? C'mon. Semua manusia ni lain tau. -___-" Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Bila dah couple tu jangan dok memuji muja , bila clash je terus berubah 360 darjah. Diorang ada sebab masing-masing buat macam tu.

Hah . Bila dah clash, terus protes. "Cinta memang satu penipuan yang besar", "Huh.. semua lelaki sama je!! Diorang suka mainkan hati perempuan!" , "Tak guna, jangan ingat aku nak percaya lagi" dan apa-apa lah. -____-  Mai ulang ayat Mai. Semua orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jangan nak terima kelebihan je pastu.. ugh.. faham kan la keadannya sendiri.

Oke fine. Mai kecik lagi, mentah. Tak boleh cakap banyak-banyak. Just berkongsi rasa annoyed dan pengalaman sahabat sebelah sebelah ni. -___- Anyway, tak elok couple-couple ni sebenarnya. Boleh membawa kepada pelbagai fitnah dan zina. Zina memang ada macam-macam. Zina hati, zina tangan, zina mulut, zina telinga, zina mata dan zina kaki. Ada macam-macam!! So better couple selepas kahwin. Lebih halal dan selamat. Insya-ALLAH.

Lagi satu amaran. -__- Last warning. Kalau nak tunjuk-tunjuk gambar yang berkaitan dengan "semua perempuan sama" atau "semua lelaki sama", please don't show me. Hahaha. 

Mai bukan nak protect, bela atau mana-mana pihak. Tak sokong lelaki, tak sokong perempuan. Haha. Mai kan dok tengah-tengah. :P Semoga takde yang marah dan Mai memohon maaf atas kesilapan Mai di atas ni. Berkongsi ilmu dan saling menegur di dalam kesilapan. Terima kasih kepada yang sudi membaca. 

;)


Assalamualaikum.
~Love, Mai~


0 orang hitam:

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012