Show all posts
Showing posts with label best. Show all posts

Shadow Fight


Assalamualaikum...

Well then, hi guys! Ini D' Black Writer yang menaip post ni! Hai semua!! Apa khabar? Untuk post kali ni, saya nak cakapkan pasal game kegemaran saya di Facebook. :)  Namanya, 'Shadow Fight'. Game tu best sangat, saya pun enjoy gila-gila main. Dia lawan-lawan kawan-kawan kita. Macam karate/tae kwando/silat. Haha! Saya bukannya tau pasal seni mempertahankan diri ni!


Gambar kedua ni pulak dalam Training Room (Bilik Berlatih). Ala, gambar ni takde punching bag  la pulak. Biasanya dalam TR, ada punching bag untuk kita praktis macam-macam teknik!! :)   


Ini ialah antara teknik-teknik dalam Shadow Fight. Cara main dia senang aje. Huruf X - Punch. Huruf C - Kick. Dan arrow-arrow pulak pergerakannya. Dia sebenarnya ada banyak teknik , tapi sikit je key!  Masa saya lawan, saya main hentam kromo je :P   Asalkan menang... hahahaha...


Apa ni? Dan? Hoho.. Dan ialah tali pinggang. Setiap kali dapat Dan, kita dapat belajar teknik-teknik baru. Seronok betul! :3   Saya pun teruja gila-gila nih. Bila belajar teknik tu, mula-mula tu terkial-kial jugak. Pastu boleh jaguh.. wooo...


Dalam Shadow Fight, dia ada level jugak. Ada jugak GATE. GATE untuk ke stage seterusnya. Dalam 1 stage, saya tak pasti ada berapa level. Lawan je la.. dan gambar orang2 di atas ni pulak "The Boss" (sepatutnya 6 orang). Habis je lawan semua bosses, dapat pass GATE! Yeay! 


Ini ialah salah satu tempat perlawanan fight para pemain. Ada banyak tempat fight.. ini bukan tempat kegemaran saya =,=   Saya suka tempat di Bamboo!  (Malangnya saya takde gambar tu).

Ok la korang !! Takat tu je post saya kali ni!!  :)  Korang meh la join saya main game ni.. hahaha... ;)   Saya baru level.. um.. secret!! :P  Byebye!
Assalamualaikum...

D' Black Writer
Farihah

Kesukaran dianggap Cabaran

Assalamualaikum... hai semua...  Minah Melayu Sejati dekat sini~!   So, apa khabar? Sihat tak? Kalau tak sihat, jumpa doktor, makan ubat, doa kepada TUHAN supaya cepat sembuh, okey?  Saya tengah menaip dan onlinedi Facebook. Kalau kenal, please tegur okey?  Hihihi... ^^-
Berdebar.. UPSR lagi 75 hari.. huishh.. apa yang best/takbestnya ialah minggu depan start JADUAL ANJAL!! Yay!! 
Kenapa seronok sangat ni? Sebab, jadual anjal hanyalah subjek-subjek yang penting di dalam UPSR aje ada, ditambah dengan A. Islam sahaja. Ohohoho...  ^^-  Satu hari 2-3 subjek jer. Satu je yang tak tahan, satu subjek, satu hingga 2 jam!! Takpe, demi UPSR!!
^^- Selain tu, esok pun bestjugak ni. Kenapa? Sebab esok ada SUKAN TAHUNAN 2011 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN IMPIAN EMAS, JOHOR BAHRU, JOHOR.  Woohoo!!! 
Saya masuk perbarisan je.. apa yang membanggakan ialah Gamma (rumah hijau, rumah saya) selalu menang dalam perbarisan.. tahun lepas pun menang, tapi saya tak tau apa temanya..
Tahun ni, temanya ialah Robot. @_@   Robot ada pedang? Sebab setiap kami disuruh pegang pedang dan membuat informasi (aksi) di hadapan para tetamu nanti.  Yuhuu.. seronoknya..
Tapi Delta (biru), pun power jugak.  Diorang buat silat,  temanya orang Perak!!  Oit,  macam perli jeee... (kampung kat Perak.. hehe)
Rumah Beta (kuning)?  Diorang duduk macam mana erp.. duduk kaki kiri naik ke atas manakala kaki kanan menampung berat badan. Macam mana ek nak cakap.. ha, tengok aje filem Mat Saleh.  Tengok cara orang lelaki saleh tu melamar minah2 saleh tu.  Ha, macam tulah! Kemudian diorang buat tarian tangan apa entah tak tau..
Apa pulak informasi rumah Alfa (merah)?  Saya sendiri tak tau.  Tak dengar khabar pun.. tanyalah orang2 ruma Alfa sendiri..  sian Alfa, banyak orang kutuk Alfa sebagai 'Al-fatihah'.  Tapi saya tak ejek.  >:|  Diorang banyak sangat BOOOO Gamma. Tak faham saya!!  :(   Sedih..
Okeylah, tu jerlah cerita saya. Banyak kali saya ajak, para pembaca tak banyak mengkomen.. isy.. takpelah..  yang penting follow dan komen di Cbox ya!!  Harap2 lee..
Assalamualaikum...
________

Terlepas wey!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca.. uhu, banyak betul gelaran untukku sekarang, yang saya buat sendiri.  Fasyahna Syah Shuhaimi, Fasyahna sHaimi, Farihah Shuhaimi dan Farihah Syahmina semua ini gelaran novelis.  Minah Saleh, Minah Melayu Sejati, 'D Black Writer, Bola dan Buku dan GadisMisteri -nama blogger. Memang sudah terang lagi jelas yang saya keliru!!  Tapi ini bukan topik utama post kali ini. 
Tensed.. tensed, well takdelah tension sangat tapi memang frustrated jugak lah.  Saya yang sepatutnya berada di padang sekolah tersenyum-senyum berlawan kini tidak lagi.  Kenapa? Sebab bangun lambatlah, sebab apa lagi!!  Itu yang saya rasa nak belasah je diri saya sendiri. Saya tak boleh nak salahkan ahli keluarga yang lain sebab..
malam tadi kami pulang ke rumah pukul 12.35 minit malam.
Kenapa?
Mestilah sebab kami tengok wayang KL Gangster.  Best gila cerita itu dan membuatkan saya tidur 1 pagi. Ceh!!  Asalnya nak tengok pukul 9.45, so bolehlah habis awal sikit iaitu pukul 11 lebih. Tapi sebab dah habis tiketnya, ayah saya tetap nak beli yang pukul 10.30 punya.. sementara menunggu di U Mall itu, kami jalan-jalan sebentar. Ibu bapa saya sempat bersua dengan teman ayah saya yang sedang berniaga.  Ibu saya pula beli sehelai baju di butiknya itu. Eh jap ye ke butik?
Perasan bersalah masih menyelubungi hati ini. Rakan-rakanku, saya minta maaf seribu kali!!!  Sorry sorry sorry sorry....Apa-apa pun ni post KL Gangster:   *demi menunjukkan saya benar2 kesal apa yang telah terjadi*


Ini dia poster KL Gangster!!  Biarlah saya ceritakan sedikit mengenainya. Watak utamanya ialah Aaron Aziz yang memegang watak Malek.  Adiknya pula Jai dilakonkan oleh Adi Putra.  Syamsul Yusof ialah Shark.  King ialah Ridzuan Hashim, watak ayah tiri kepada Shark.  Malek telah ditangkap polis atas kesalahan merompak bank.  Selepas dipenjarakan selama 5 tahun, Malek telah 'mencuci tangan'.  Ianya bermaksud tidak mahu terlibat lagi dalam hal-hal gangster. Dia mahu bertaubat. Tetapi kumpulan-kumpulan gangster asyik mengejarnya dan juga adik-adiknya yang masih rosak membuatkan Malek terpaksa pulang ke jalan itu.  BERSAMBUNG~  sambungan> tengoklah sendiri!!
Oklah bye...  Assalamualaikum!

Nur Kasih the Movie



Chewah!! Baru kesempatan tengok The Movie pada 21 Mei 2011, Sabtu yang lepas!!
Best gila cerita tu!!  Plot cerita and cerita dia memang terbaik la!
Walaupun banyak flashback,
tapi tu la yang bagusnya! Kita boleh tengok apa yang terjadi sebenarnya,
takde keliru je kan?
Nasib baik tak sama cerita dengan drama, kalau tak bosan je...
TERBAEKK!!!



Ha, ini pulak Nur Amina (Tiz Zaqyah).  
Dia tetap cantik dan sopan santun. ^^  Lovely!
Ceritanya memang sangat menarik.
Lagi gambar..


Ini Nur Amina bersama-sama anak saudaranya,
iaitu Ilyas dan Maryam.
Wah, Maryam (Mia Sara Nasuha) tetap comel dan fasih dalam movie tu!!  <3 
Love it!  Ilyas (Ilyas) pulak matang pada usia kecilnya.. best...


Ehehe...  ini Adam (Remy Ishak), watak suami kepada Nur Amina.
Dia ada penyakit, so agak mendebarkan lah. 
Mereka ada bercuti!!  Cantiklah!
They're so sweet anyway.. hehe...
Lagi gambar...


Aha!!  Aidil (Fizz Fairuz) ada ni!  Plot pertama lagi dah muncul tau!
Still, dia kesedihan atas kematian seseorang..
Tapi lama-kelamaan dia dah okey.  Baguslah.
Watak dia pun okey jugak.


Dalam-dalam semua watak itu, saya paling minat watak 'Mat'.  Tapi saya tak ada gambar dia..
So tak dapat masukkan... Apa-apa pun,
TENGOK TAU CERITA TU!!

~ manisnyacerita.blogspot.com ~

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012