Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Begging for Ideas. Mwahaha xD


Tuk tuk tuk , Assalamualaikum !!  Teehee :>  Lama takk Mai tak berblogging? Err? Lama jugak kot.. rindu jugak la nak berblogging nih.. oleh sebab lama tak blogwalk, lama jugak la blog Mai ni sunyi menyepi macam rumah hantu.. teehee ! XD

So whats up? Tengok tajuk pun macam apa je. Sebenarnya, Mai dapat idea ! Idea for what? Idea for life? LOL, mesti la tak. Idea nak tulis cerita! Tapi bila idea tu datang, nanti dia blah tanpa bagi salam. Menyedihkan betul. Mai dapat idea nak tulis cerita tentang KES PEMBUNUHAN! Walawei x3

Err? Sebenarnya nak tulis menatang-menatang camni susah jugak kan? Ugh @_@  Most of the facts, Mai ambik daripada Inche Google yang tak berapa hensem tu. Yala, baru budak berhingus lagi, mana la tau apa-apa? Setuju? Yeah ! xD

Ah shish. Berusaha mengumpul idea kembali. Help me? LOL.

Okay, cya later! Kalau Mai ada masa, Mai akan berusaha update, k? Teehee!! x3

Sebuah Cerita (Part 1)


SEBUAH CERITA SASPENS
KARYA SULUNG FARIHAH SYAHMINA
DI BLOGNYA



Thud!

Amelisa tersentak. Dia segera menoleh ke belakang. Tiada sesiapa. Amelisa melepaskan hela nafas lega perlahan. ‘Mungkin hanya perasaan aku je tadi,’ fikirnya sekadar untuk menenangkan hati yang bergolak penuh kerisauan. Dia terus menundukkan kepalanya, mendiamkan dirinya.

Berseorangan di bus stop pada lewat malam sebegini memang tidak patut. Lagi-lagi dia ialah seorang wanita. Memandangkan teman lelakinya, Amerul tidak dapat mengambilnya di tempat kerjanya pada hari ini, Amelisa terpaksa menaiki bas awam. Dia kerja overtime hari ini dan keretanya pula rosak dan masih dibaiki. Amelisa mengetapkan bibirnya.

Thud!

Sekali lagi, dia terdengar bunyi yang tidak diketahui mana puncanya itu. Amelisa sudah berpeluh dingin. Ketakutan mulai menjalar dirinya. Amelisa menelan air liurnya yang terasa berpasir. Amelisa memandang ke kiri dan ke kanan. Jalanraya kosong! Tiada sesiapa di situ melainkan dirinya sahaja.

Amelisa merengus. Dia mula memandang ke belakang untuk melihat apa yang terjadi. Namun, sebaik sahaja dia menoleh, ada tangan menekup mulutnya dengan sehelai kain yang mengandungi klorofom. Amelisa tersentak. Bau kain itu meloyakan tekaknya. Pada awalnya, dia cuba melepaskan dirinya dengan bergelut. Namun, semakin lama, dirinya semakin lemah. Dan akhirnya.. tidak menyedarkan dirinya.

Besambung!! Please komen cerita ni okey! Saya menanti komen-komen korang!! ;)

Farihah

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012