Show all posts
Showing posts with label lama tak on. Show all posts

Lama Gila Tak On


HEYYA... Assalamualaikum!
Hey, macam mana font tulisan  ni? Okey tak? Kejaplah, saya tukar. Serabut mata membaca...

Dah! Is it better? I think it is. So... wey, dah lama gile saya tak menulis cerita di blog ni! Cerita zaman ais zaman batu semua saya tak tulis! Rindunya!! :D  Okey, first thing saya nak cakap.. pada UPSR yang lepas, saya dapat keputusan 5A! Wooo... hooo!!  :D Maybe kat blog budak-budak seusia dengan saya dah tulis citer ni zaman lapok... tapi saya baru tulis.. kisah apa? Janji saya tulis :D

Tau tak... banyak gila benda yang terjadi kepada saya recently. Keputusan 5A, persahabatan, kisah kehidupan dan ... umm.. apa-apa jer lah lagi. Saya memang banyak benda yang nak dibebelkan pada malam yang hening ni!! Wahaha... merapu je kejanya. J

So what’s up? ;)   Saya bergaduh dengan kawan! Oh wow, saya tak salahkan dia yang bernama S. Sebab memang salah saya pun! ;(  Itu... um.. bad news. Saya tak berapa clear kenapa dia marahkan saya. Umm... pada anggapan saya,,.. dia marahkan saya sebab:  Saya dah janji nak on pukul 7 pagi, tapi saya pergi gatal on pukul 9.30 pagi sebab bangun lambat! Kesian dia! Dia on daripada pagi lagi menunggu! Haish..

Tapi saya dah meminta maaf.. tapi dia tak menegur saya. Kak Sha cakap, kalau dalam 3 hari dia tak tegur saya, dia berdosa dan saya tak sebab saya dah cuba menegur dia. Wahei!!  Macam mana ni?? Dia taknak layan saya, sedih gila. L Pasrah je...  :’(

Drop the subject! Saya tak nak sedih-sedih. Biarlah saya uruskan hal itu dengan sendiri okey. (Janganlah dia baca post ni...!)   apa-apa pun... saya tengah cuba mengasah balik bakat menulis saya yang sudah mula memudar. OMG. MEMUDAR. Saya dah mula lupa satu per satu benda (macam , menulis novel, benda2 yg senang diingat, apa-apa yg saya wajib ingat .. etc) ... arghh.. kenapa ni?? Umm.. normal je kot. Biarkan je la .. +.+

Lalala! Panjangnya saya tulis (not for me). Saya tak mau korang semua tertidur atas keyboard sebab baca post yang membosankan dan panjang lebar ni.. hehe.. ;)  Taknak baca sudah...kueng kueng kueng.... (tapi follow  ye!! :P) Fuhh.. banyak lagi cerita sebenarnya.. tapi tak larat nak menaip! ;)

Ok..jumpe di next post, insya-ALLAH!  J  Keep following me and commenting, okay? Oh yeah, and the chatbox, too!!  Saya setia menanti komen-komen korang.. :D

dearest: D’ Black Writer=

Gian Blog.. haha!!


Yaw, assalamualaikum!! Farihah a.k.a. Nana a.k.a. D’ Black Writer ada di sini! Woh, lama gila saya tak online. Kesian pulak sebab kena tinggalkan blog ni bersawang untuk beberapa bulan. Ek, beberapa minggu la kiranya. ^^”  Sorry yep...!

Oleh sebab dah lama saya tinggalkan, saya nak membebel sakan. Peace! Oh yea, hari tu dah lepas UPSR dah. Sekarang tunggu berdebar makan Twisties menunggu result aje. Even dah lepas, masih kena buat Solat Hajat untuk dilembutkan hati penanda tu, kan? Korang pun doakan la untuk saya ye... ^^” 
Memang la berdebar dup dap dup dap masa nak menjawab tu. Tapi, masa menjawab.. em.. tak susah tak senang. Biasa-biasa. Ada yang boleh dijawab, ada yang terkantoi. Hehe... biasa la tu..

Ek.. ena.. antara semua subjek yang pernah saya jawab time UPSR tu, ujian Aptitud la paling saya suka. Saya dah ‘interviu’ kebanyakan budak-budak sebaya saya, tak kira le di internet atau RL, hampir kesemuanya cakap, “Aku paling suka aptitud.”  Hohoho,,,... sama!

P/S: Maksud RL= realife

Enough la talking about UPSR. Sekarang cakap pasal kakak saya pulak. Kakak kedua saya – Kak Farah. Lagi 3 hari, dia bakal masuk dewan peperiksaan untuk menjawab Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Ek, betul ke tu maksud dia? Entah, hentam kromo je. ^^”

Kak Farah pelajar Sekolah Tun Fatimah (asrama penuh). Malam ni, warga sekolah tu ada buat jemputan untuk famili para pelajar untuk datang ke sekolah malam ni, nak buat solat hajat perdana. Saya ucapkan good luck untuk semua calon-calon PMR tahun ni. Chayok!! Chayok!!

Hahax... XD  sorry la, saya ni memang pelik sikit.  =.=”  Layan je la.. Do your best eh korang...

Sejak akhir-akhir ni, saya selalu melepaskan ‘gian’ nak beli novel-novel. Makin penuh rak almari buku saya kat belakang rumah! Eh silap, kat bilik belakang! Hua hua hua... memanglah. Banjir la nanti rumah saya dengan novel saya tu..  yang paling terbaru: Akukah Snow White Itu? karya Lily Haslina Nasir, Blues Amni: Oh Kerja! karya Rose Harissa, Baju Pengantin Mak Andam karya Areila Sahimi (yang ni pinjam je)....  dll.  1 novel = 1 hari habis baca. Memang la cepat habis, sebab dalam kelas tak buat apa-apa.  =.=” 

Dalam kelas, kitorang dok selamat je dalam kelas. Main Monopoly, Tumblin’ Monkey, UNO Card, Congkak dan macam-macam lagi la. Tapi awal-awal tu je saya main. Pastu saya menyerah angkat bendera putih. Malas betul nak main. Better baca novel.. huhuhu... lagi syiok!!

Gian betul ! xD

Tapi bila kat rumah, saya ‘hantu komputer’.  Seram gilerw, satu hari enam jam. Naik juling mata, tiap-tiap hari on Habboon, Youtube, Penulisan2u, Microsoft Word, Sekolah Sri Bangsar dan Google. Facebook? Dah lama tak on... Twitter? Saya tak ada twitter. Tu pasal pening kepala ni. On je kerjanya. Huhuhu...

Okey la, takat ni je la saya lepaskan rindu-windu dekat Blog. Nanti ada masa lagi saya menaip dan menaip untuk korang... haha ayat tak boleh blah.  :D  Chow dulu! Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh!! Follow tau!! Korang follow, I follow balik la...

The Hantu Komputer,
D’ Black Writer.

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012