Kolek Lawak

AHLI SILAP MATA
Seorang ahli silap mata mempertunjukkan kebolehannya di sebuah kapal mewah di lautan Caribbean. Penontonnya selalu berganti setiap minggu tetapi dia tetap mengulang-ulangi trik yang sama.
Masalahnya adalah: Seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata milik kapten kapal selalu melihat pertunjukannya setiap minggu dan menjadi tahu penipuan yang dilakukan oleh ahli silap mata .
Suatu malam ketika ahli silap mata membuat pertunjukan, si burung berteriak di tengah-tengah pentas.
“Lihat.. !! Itu bukan topi yg sama !!”
“Dia menyembunyikan bunga-bunga itu di bawah meja !!”
“Hey… semua daun terupnya,daun A !! “
Ahli silap mata amat bengang tapi tidak dapat berbuat apa-apa.
Suatu hari kapal tersebut mengalami kecelakaan dan tenggelam. Si ahli silap mata terapung2 di tengah lautan di atas sebuah papan bersama si burung kakak tua. Mereka saling pandang memandang dgn penuh kebencian tapi tidak mengucapkan satu patah kata pun.Ini berlangsung berhari-hari.Si ahli silap mata pun hairan kenapa si burung tak mahu terbang menyelamatkan diri.Setelah satu minggu, tiba-tiba si burung berkata “OK… saya menyerah!! Di mana kamu sembunyikan kapalnya ??”   Ahli silap mata terdiam.  
_____________________________
JALAN BUKIT BINTANG
Seorang polis duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju, seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan dianggarkan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja.
Maka Polis trafik pun berfikir ” Tak boleh jadik niee..lambat dari kura-kura..sangat bahaya bagi pemandu yang lain”
Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita – dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang – mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat.
Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya ” Apa kesalahan saya tuan? saya tidak melebihi had laju.. kenapa ditahan?”
“Makcik” polis trafik menjelaskan ” makcik bukan melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju jugak boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain”
“lambat dari had laju ?” wanita itu merasa hairan.
“Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda ..[JALAN AMPANG 22]!” bantah wanita itu dengan marah.
Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu, wanita itu mengucapkan timah kasih atas penjelasan itu.
” Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan… adakah kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat? nampaknya makcik-makcik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat” polis trafik itu bertanya kehairanan
“Oh… jangan bimbang ,mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi. Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309].”
________________________________
KELEMAHAN MINAH
Pada suatu hari, pasangan kekasih Ajoi dan Minah sedang duduk di bangku taman.. mereka berdua tak terluah apa-apa perkataan dan hanya senyum sesama sendiri.  Ajoi berasa bertuah mendapat pikat wanita antara wanita yang paling sempurna di kampung.  Orang kampung kata, "Minah ni lemah-lembut, sopan, pakai tudung, akhlak mulia, baik hati, suka menolong, selalu senyum, ramah mesra, bijak.. cuma dua perkara je kelemahan dia.. satu, miskin.. dua..."   Ajoi merupakan orang bandar yang mencari kekasih di kampung.  
Ajoi sejujurnya terasa ingin tahu apa kelemahan kedua Minah.. tetapi sampai ke hari ni hasratnya tak tercapai pun...  walaupun agak sedih, kegembiraannya muncul semula setelah dapat membuatkan Minah sebagai GF-nya yang istimewa.. tiba-tiba Minah memandang Ajoi dengan senyuman manisnya.
"Abang Ajoi.."
"Ya, Minah?" Ajoi gembira kerana akhirnya mereka mula berbual.  Minah tersipu-sipu malu.  "Sebenarnya kan.. apa yang membuatkan Abang Ajoi nakkan Minah?" soal Minah.  Terus muka Ajoi merah. "Sebab Ajoi cintakan Minah la.." ujarnya malu-malu.  Minah tersenyum malu.
Tiba-tiba,  Minah menjerit kuat, sekuat hatinya sehingga menarik perhatian semua di taman..  Ajoi terkejut.  Minah menjerit selama 10 saat lamanya.   "Minah, Minah! Kenapa ni?"  Ajoi merisaukan keadaan perempuan tu.   Minah tersenyum.  Semua penduduk kampung cabut lari.  Ajoi tertanya-tanya.  
"Woi!! Kenapa kau tak lari?  Nak mati ke?"  tiba-tiba Man masuk campur dengan wajah yang sangat cemasnya.  Ajoi terkejut.  Minah diam.  "Kenapa?" cemas Ajoi bertanya.  
Man teringat yang Ajoi orang baru, so dia beritahu la terang-terang..  "Eee.. kau tak tau kelemahan kedua Minah rupanya...  kelemahan kedua dia - kentut lama dan busuk sangat!!!"   Man berterus-terang.  Ajoi cabut lari meninggalkan Minah. Laa.. sebab tu la Minah menjerit... taknak Ajoi dengar, ha ha ha...

0 orang hitam:

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012