Kehidupan ialah Cerita Kita - Bahagian Satu

Damansara, Bangsar, Kuala Lumpur : Isnin : 5.55 pagi

TRINGG!!!   Rina terkejut.  Dia malas mahu membuka matanya.  Batal yang empuk idamannya masih kuat dalam genggaman.  Tring! Tring!  Jam loceng itu seolah-olah tidak mahu berputus asa mengejutnya bangun pada hari yang indah ini.  Matanya masih kuat dipejam.  Biliknya masih gelap-gelita bertambah dengan langit yang masih hitam.   Tambahan lagi biliknya ada air-cond yang menambahkan keselesaannya untuk tidur. 
            Tringg! Tringg!!
            Rina geram lalu mencampak jam loceng itu tepat ke arah tempat tidur kucing kesayangannya iaitu Gebu.   Gebu terkejut lalu mengiau kuat dan melarikan dirinya sepantas yang mungkin. Buk!  Jam loceng itu masih belum berhenti menjerit.   Gebu menguis-uis jam itu penuh minat lalu digigitnya. Mulutnya bergegar,  dan ketakutan menguasai dirinya.  Dia melompat ke atas katil Rina lalu menghempaskan tubuhnya ke atas Rina.
            “Aahhh!”  Rina menjerit terkejut.  Gebu mengiau manja kepada tuannya yang manis itu.  Semanis dirinya.   Rina menggaru-garukan kepalanya.  Dia mencebik.  Matanya menjeling ke arah jam yang sudah sepi itu. Mungkin automatik snooze.  Hah!!  6 pagi! Baginya,  enam pagi sudah cukup lewat. Dia terus berlari mencapai tuala lalu memasuki bilik air.  Kedengaran air mencurah-curah turun daripada mulut paip.  Gebu semakin galak mengiau, geram tidak dilayan.
            Rina segera keluar daripada bilik air lalu mendirikan Solat Subuh.  Dia tidak pernah lupa untuk menunaikan solat kecuali waktu uzur. Dia memang sudah dididik sejak kecil lagi.   Usai mendirikan solat subuh,  Rina membelai lembut si Gebu yang gilakan usapan lembutnya itu.   Rina tersenyum manis ke arah kucing gebu berwarna putih itu. 
            “Ala la la Gebu...  comelnya, eee, tak tahan aku!!   Kau ni comel sangatlah.. okey Gebu jom pergi dapur.  Masa untuk makan,”  Rina terus melipat sejadah lalu mendukung Gebu dibawa ke dapur.  Gebu mengiau keriangan kerana perhatian mulai diberikan kepadanya. Semakin teruja melihat makanannya ada di dalam bekas itu.  “Pergi makan.  Aku pun nak makan.”
            Gebu melompat turun lalu memulakan sarapannya.  Mak Siti meletak sarapan di hadapan Rina.  Rina tersenyum.  “Papa mana, Mak Siti?” soalnya mesra.  Mak Siti membalas senyuman Rina yang tidak sombong itu.  Dia sudah menganggap Rina anaknya sendiri.   “Belum turun lagi.. enggak sih.  Sebentar lagi turun lah,”  balasnya dengan slanga Indonesianya.   Dia berlalu untuk menyambung kerja.
            Rina terus menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.  Hidupnya memang bahagia!!  

2 orang hitam:

Nur Syazwani said...

awk mmg ade bakat la tulis novel...jelesnye kte...
nnt ajar kte skit....

D' Black Writer said...

Bodek le tu!! By the way thanks, ok ada masa kita ajr.. awak pun bijak dalam akademik. Ajar jgk tau!

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012