Yay.. Puasa!!

Dey, Assalamualaikum!!!
Apa khabar? D' Black Writer ada kat sini... based on the tittle, korang mesti tahu kan apa yang saya nak bebelkan kali ni?  Ufufufu....  biasa la.  Apa yep Rukun Islam yang keempat? Lah.. mestilah menunaikan puasa dalam bulan Ramadhan.  Kalau dah namanya, 'rukun islam', terang lagi jelas la maksudnya ianya...
WAJIB.
Ngee...  puasa bermaksud -
~menahan makan dan minum~
~menahan nafsu~
~menahan mulut daripada cakap yang bukan-bukan~
~menghalang mata daripada lihat yang bukan-bukan~
~mengawal diri~

Dan lain-lain lagi...  a question; what's so special of Ramadhan?  Sebenarnya,  banyak keistimewaan Ramadhan!!  Saya yakin,  banyak orang dah tahu kan apa keistimewaan-keistimewaannya?  Kalau tak tahu, meh sini saya beritahu....  sorry la kalau ada kesilapan sebab saya ni tak arif sangat.  Tapi saya nak beritahu juga!!  Dapat la pahala bonus.. hehehe....  Okey, apa keistimewaannya?

~Terdapat malam Lailatul Qadar - malam yang istimewa. Jika kita beribadat pada malam ini,  umpama kita beribadat selama.. ermmm...  berpuluh-puluh tahun lamanya. Bayangkan!!  Kita hanya perlu beribadat pada 30 malam,  tetapi pahalanya berganda-ganda.  Subhanallah, maha suci ALLAH.  *blink blink* macam mana nak tahu MALAM LAILATUL QADAR ni?  Kita sebenarnya tak tau... sebab itulah kena beribadat setiap malam Ramadhan , kerana salah satu daripada mereka tersoroknya malam istimewa itu.  (Tapi,  bagi clue,  Lailatul Qadar terdapat di 10 hari terakhir Ramadhan)

~Pada bulan Ramadhan ni.. hurmmm... pahala berganda-ganda, yay!  Memang banyak gila pahala pada bulan istimewa ini.  Sebab itulah,  kalau bulan Ramadhan berlalu pergi,  baginda Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda berasa sangat sedih sehingga menangis.  Hmm..  

~Solat Tarawikh, of course!!  Bulan Sya'ban, bulan Muharam, bulan Jamadul'akhir semua itu mana ada solat tarawikh?  Hanya pada malam bulan Ramadhan selama 30 hari ada Solat Tarawikh, kan kan kan??  (Siap ada moreh lagi~)  Banyak tau keistimewaannya kita solat tarawikh ni.  Banyak sangat la sampai penat nak menaip.. kalau nak tahu jugak, pergi Facebook saya dan tengok apa yang saya taip, 'kay?  (Pepandai la korang cari Facebook saya)

~Pintu Syurga Terbuka luas-seluasnya..!!  Inilah jalan mudah untuk orang dapat tiket fly ke Syurga.  ALLAH membuka pintu rahmat-Nya dan keampunan-Nya selebar-lebarnya untuk hamba-hambaNya yang ingin bertaubat atau buat pahala lebih.  Bukan ke dah cakap, pahala berganda-ganda?  Best ni!!

~Neyy... mana ada setan/jin/hantu/jembalang dan sewaktu dengannya pada bulan yang mulia ini?  Senanglah kita nak beribadah... takde benda nak kacau kita, kan?  Tetapi, nafsu dalam diri kita tu tetap ada.  Nafsu ialah konco-konco setan untuk menyesatkan manusia daripada jalan yang sebenar.  Hati-hati ya!

Dan banyak lagi keistimewaan bulan Ramadhan ni!!  Ruginya kalau kita duduk tercongok tidur tengah hari aje , kan??  Uhuhu..  apa-apa pun,  selamat berpuasa kepada umat islam di seluruh dunia!!  Anyeong!!  Bye!! Selamat tinggal!! Wa' ilai li ko'!! 

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w membaca pada solat witirnya (selepas tahiyat):

"Ya ALLAH! Sesungguhnya AKU berlindung dengan keredhaan-MU daripada segala kemurkaan-MU. AKU juga berlindung dengan kemaafan-MU daripada segala balasan yang bakal ditimpakan. AKU juga berlindung dengan Zat-MU yang tidak terhitung segala nimat dan belas kasihan yang telah ENGKAU berikan, kami hanya mampu berusaha memuji-MU seperti mana pujian yang layak bagi Zat-MU." – Hadis sahih riwayat al-Tirmizi, al-Nasaai, Abu Daud, Ahmad dan selainnya.

Semoga kita dapat tambahkan pahala dan dapatkan tiket ke Syurga pada bulan yang mulia ini (Ramadhan).  Wa' ilai li ko' semua~~~   (Semoga berjumpa lagi semua~~)

!!~~AsSaLaMuAlAiKuM~~!!
~D' Black Writer~



2 orang hitam:

Chum said...

kte suke post awk yg nie....
kalau x silaplah kn...
mlm lailatul qadar tu spt kte beribadat 1000 bulan..
kot la...
pastu kalau 10 hari terakhir,uztzh kte kate tahun lepas,biasenye pade tarikh yg ganjil sebab ALLAH suke nombor ganjil...
sori tau,bukan nk blagak pandai...just nk kongsi pendpt...

D' Black Writer said...

thanks for liking2 , Wani...
oh,.. 1000 bulan! thanks for the info...
komen lagi banyak2 ya..

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012