Kuih Cornflakes

Hurmm... Assalamualaikum, pembaca!!  Alamak, janji versi Bahasa Inggeris tidak dapat ditunaikan.  =.="  Bagi sesiapa yang minat membaca blog dalam Bahasa Inggeris, minta maaf ya!!  Sebab, saya nak cakap pasal budaya orang Melayu! (Chewah! Takdelah!)  Pasal, perayaan, sebenarnya...


Saya rasa-rasa perasaan saya etika ini macam anime atas ni!! Tarraaa!!  Happy aje~  whoot~  XD   Yalah, raya dah menghampiri, mestilah gumbira.  Korang dah beli baju raya? Kasut raya?  Kuih raya? Seluar raya? Duit raya? Haha~ duit raya dapat percuma aje.  Raya setahun memanglah sekali, tapi janganlah sampai membazir. Beli baju sampai RM100+, pakai masa raya aje.  =.="  Berdosa tuh membazir duit.

P/S: taknak baju tu bagi ajelah saya!!  :P

Topik kali ini ialah tentang Kuih Cornflakes! Ermm.. tulis pasal kuih raya masa petang yang panas ni buat saya terliur sahaja.  Perut dan menggendangkan lagu Datuk M. Daud Kilau dah.  :P  main-main aje.  Sebenarnya, malam tadi, saya, kakak saya dan mak saya telah buat Kuih Cornflakes yang lazat tak terperi!!  Hua hua hua hua!!

Kakak saya tolong masak.
Mak saya tolong masak jugak.
Saya tolong tengok.  (Penat tau tengok?  Lenguh mata! [Alasan aje tu])

Saya ada la tolong sikit-sikit.  Mengacau adunan,  basuh pinggan yang takde kaitan dan sebagainya.  Kami mula buat pada pukul 9.10 malam hinggalah 10.30 malam.  (WoAh! Ingat larh!) Tak ingat pun sebenarnya. Teka aje.  :P   

Nak tengok hasil masakan kami? Tengoklah!



Taraa!! Agak hangit la..  sebab oven tu ada masalah sikit.  Yang ni okey lagi. Yang lagi satu tu,.. perghhh!! Tak tau nak cakap macam mana!  Rasa macam kopi!! Itu pasal ayah saya suka tu.  :P  Memang taste dialah.  Tapi yang hangit macam kopi tu,  atas dia elok lagi.  Makan jer la. Yum yum yum...


Ini dia pembantu tak rasmi mak saya, Fath (bukan nama sebenar) aka kakak sulung saya!!   ^^- Dia tengah masukkan kuih tu dalam bekas bunga-bunga.  Saya ada jugaklah tolong merasa sikit-sikit.  Lidah saya lain sikit.  Terasa manissss sangat-sangat! Entah betul entah tidak? Terlebih madu kot? Entah? Hohoho.. tapi sedap!


Hoho!! Bekas ceri merah yang dah kosong dan bekas bunga-bunga cornflakes.  Kakak saya cakap, "Ala... terlupa nak beli ceri hijau!".  Dalam hati saya bersyukur sangat-sangat ceri hijau tak dibeli.  :P   Ceri merah aje dah cukup buat saya merana! Oh,, tidak!! 


Gambar ni ada masalah error sikit. Psiko kot? Entahlah!  Apa-apa pun, ini dia oven kami yang comey-momey! Tara tara taraaaaa!!  Memang ada masalah betul oven ni.  Silap sikit dah hangit satu dulang. Ptuihh!!  (Olok-olok jer).  Ermmm...  cornflakes kegemaranku~!

Eh? Tengok aje terliur tak? Bagi sesiapa yang tengok waktu malam, memanglah tak terliur!  hihihi...  nanti sudi-sudilah datang rumah ye??  Saya ada pantun raya untuk korang,...

Makan nasi dengan kari,
Makan ketupat di hari raya;
Saya susun sepuluh jari,
Tolong maafkan kesilapan saya.

Amna menyeberangi sebatang titi,
Tersilap langkah terjatuh dalam paya;
Pada bulan Syawal nanti,
Sudi-sudilah ke rumah saya.

Haha, amacam??  Takde cetak rompak atau ciplak tau? Ini ORIGINAL MADE! hua hua hua!!  Seriuslah,  memang baru dicipta.  Otak petang memang fresh.  ^^-  Bilalah nak berbuka? Lagi 9 hari raya! Wah, tak sabarnya!  Semoga kita bertemu lagi di lain hari!

Tata~  Assalamualaikum..
~D' Black Writer~

0 orang hitam:

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012