ASSALAMUALAIKUM...
Hai korang, apa khabar? Macam biasa, ini saya D’ Black
Writer! :3 Tanpa ada topik lain, saya
tetap akan ceritakan pasal diri saya!! Haha.. ;) Saya tak tau kenapa, tapi sejak akhir-akhir
ni , saya gilakan bunga ros? Kene jangkitan kawan baik kot!! :P
Agaknyer lah.
Bagi saya, bunga ros tu ada banyak maksudnya! Warna-warni
bunga ros jugak ada maksud-maksudnya yang tersembunyi. Bunyi macam menarik, je
kan? Baiklah.. saya ada buat researching kat Internet tentang maksud-maskud
ros – oleh sebab saya tengah rajin gila :)
(puji diri je lebih!)
Ok... jom mula!!
(Sebenarnya Bahasa Inggeris, tapi saya translate)
ROS MERAH – Ros merah biasanya simbol kepada cinta dan kasih sayang. Memberi seseorang
bunga ros seperti mengatakan “Saya sayang awak”. Bunga ros merah pun biasanya
simbol kepada kecantikan dan kesempurnaan.
Dan memberi seseorang bunga ros adalah cara yang romantik untuk
meluahkan perasaan cinta kita.
ROS PINK –
Ros pink pulak simbol untuk kelembutan dan kecanggihan. Kalau memberi
seseorang ros pink sebagai hadiah, kebiasaannya bagi keminatan,
kegembiraan ataupun sebagai penghargaan.
ROS KUNING – Kebiasaannya ros kuning untuk persahabatan dan kegembiraan. Warna kuning
yang menyerlah dan terang itu sering mengeluarkan aura kegembiraan. Sejambak
bunga ros kuning sesuai untuk menyambut tali persahabatan.
ROS PUTIH – Ros putih pula bermaksud kepada kesucian dan sudah tradisi untuk meletak
ros putih di hari perkahwinan. Ros putih juga lambang kepada penghormatan. Ia
juga kebiasaannya lambang untuk kita mengingati kepada sesuatu.
ROS OREN – Bunga ros ini simbol kepada keinginan dan keseronokan. Menghantar bunga
oren kepada seseorang tanda mempunyai maksud-maksud yang tertentu.
ROS UNGU – Kecantikan ros ungu , atau lavender, kebiasaannya sangat menawan jadi ia
sesuai untuk simbol pesona. Ros ungu juga biasanya lambang kepada cinta pandang
pertama.
ROS HITAM – Secara faktanya, memang tidak ada ros yang BETUL-BETUL hitam ataupun memang
hitam. Ia dilabel sebagai ros hitam kerana mereka ada warna kehitam-hitaman di
kelopak mereka, kerana mereka sebenarnya warna yang sangat merah, seperti ‘Baccara’,
‘Black Magic’, ‘Black Beauty’, ‘Black Ice’ dan ‘Black Jade’. Warna hitam ialah
simbol kepada kesedihan dan percintaan yang tragis, kebencian dan selamat
tinggal. Ros hitam juga kebiasaannya
untuk upacara pengebumian.
Ahah! Sampai situ je!!! Faham tak, faham tak? Saya dah
kata, ros sangat menarik!! Bau mereka juga wangi membuatkan saya leka.. :D Ok, terima kasih kerana membaca!
Assalamualaikum..
-D’ Black Writer-
Farihah
0 orang hitam:
Post a Comment