Masalah Tidur!

Muke orang ngantuk :3

-coughs-
Assalamualaikum...

Hai semua!! Ini D' Black Writer la... ingat tak, ingat tak??  Allahuakhbar... cuba tengok jam dah pukul berapa? Dah pukul 3.30 pagi! Tepat!!  PAGI !! =,=  Kenapa saya tak tidur lagi?  Ah, good question there.  Soalan yang bagus!! Jawapannya...

SEBAB SAYA TAK BOLEH TIDUR.

Jangan anggap ni ialah jawapan yang sengal sebab ni memang jawapannya. Saya dah cuba pejamkan mata nak dekat sejam dua jam. Tapi... negative. Tak boleh lena jugak. Ayayaya.. apa patut saya buat ni? Cuba tidur lagi? Saya rasa macam buang masa sebab saya tak boleh tidur jugak nanti. 

Apa benda yang saya alami ni? Insomnia ? Wow, tu bunyinya macam teruk sangat je. Entahlah, saya pun tak tau. Apa yang saya tahu, saya tak boleh tidur! Itu aje!! Dan oleh sebab saya dah terlanjur online, saya nak mengemukakan teori saya , kenapa saya tak boleh tidur?

1- Maybe masa nak cuba tidur, saya terlalu banyak berfikir sampai otak pun tak boleh nak rehat.

Ini ada kemungkinan. Ya, saya banyak berfikir sebelum tidur. Tapi sebelum ni okey je? Umm.. tolak teori ni.

2- Sebelum tidur, saya ada main game. Mungkin saya teruja dengan game tu sampai tak boleh tidur.

Huh? Saya ada baca Tunas Sains, atau apa-apa yang sewaktu dengannya yang kalau kita main game sebelum tidur, kita boleh terlalu teruja sampai terbawa-bawa ke tidur?? Apa-apa jelah. =,=  Saya takkan main game sebelum tidur lagi next time!

3- Tak basuh kaki dan muka.

Yang ni... humm.. ada kemungkinan jugak! Patut ke saya masuk tandas pukul 3 - 4 pagi ni? Bukan satu pilihan yang baik. Saya takkan buat. Sepatutnya saya buat pada pukul 11 malam - waktu saya nak tidur tadi.

4- Membaca buku sebelum tidur. Ini agak merepek!

Hei, sudah menjadi rutin untuk saya supaya membaca buku sebelum tidur! Mana boleh saya mengelak lagi? Tapi saya ada baca satu website - "42 Simple Tips to Help You Get to Sleep". Uhuh. Entah betul entah tidak. Saya tetap akan membaca buku nanti.. =,=

5- Terlalu banyak gangguan pendengaran, penglihatan dan banyak menggerakkan anggota tubuh badan.

Yaw. Saya tidur dekat ruang tamu! Haha! Jadi, lampu terbuka dan TV pun sama terbuka. Gangguan pendengaran -- TV terbuka dan telinga saya setia mendengar orang berceramah di TV3 pepagi buta ni.. =,=   Gangguan penglihatan -- lampu terpasang, sakit mata! Banyak menggerakkan anggota tubuh badan -- Ok saya akui, memang banyak. Tak bole la duduk diam!  Saya setuju dengan teori ni.

Berakhirlah teori saya...
Apa pendapat korang ekk dengan teori saya ni?? :X
Oh ye, saya baca bende alah ni>>>  42 Simple Tips to Help You Get to Sleep 

Ye ye je web tu!! Saya baca je.. haha! 
Ok nak cuba tidur lagi... mak dah bising... caw dulu err..
Assalamualaikum...

-D' Black Writer-
Farihah



1 orang hitam:

Unknown said...

Kau try baca al-quran...

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012