Bahagian 1
Jam sudah
menunjukkan pukul 7.26 minit pagi. Najmi masih terlentang berdengkur di katil
beradunya. Langsung tidak membuka matanya.
Tokkk! Tokk! Pintu biliknya diketuk.
Kemudian, orang gajinya muncul. Dia menghampiri katil
tuan mudanya itu. “Tuan muda, tuan muda. Sila bangun sekarang. Sekolah dah nak
mula!” katanya, berniat mengejut lelaki muda itu. Najmi tidak berganjak walau
seinci.
Orang gaji itu mengeluh kecil. “Cepatlah bangun!!!” kuat
suara dia , macam nak robohkan rumah itu. Najmi tersentak. “apa bising-bising
ni ahh?” marahnya sedikit.
Orang gaji itu menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Lekas bergerak, tuan muda. Sekarang sudah pun pukul 7.50
pagi!” katanya dengan muka serius. Najmi tersedak. “Hehh??” dia bingkas bangun
dan mencapai tualanya. Orang gaji itu tergelak kecil. Senangnya nak tipu. Baru
pukul 7.30 pagi.
Sekolah mula pulak pukul 8 pagi. Sekali lagi, dia
menggeleng-gelengkan kepalanya lalu melangkah keluar daripada kamar tidur
Najmi.
=========================
“Damn! Baru
pukul 7.45 pagi!!” Najmi mengerutkan dahinya. Boleh pulak kena tipu tadi. Dia
memandang kakaknya yang sedang elok duduk di meja makan. Mungkin sudah lama dia
makan sarapan di situ. Kakaknya memang tangkas dan cekap.
“Ohaio gozaimasu..” Najmi duduk di hadapan
kakaknya.
“Waalaikumussalam,” kakaknya menjawab lalu
tergelak-gelak.
Najmi mencebikkan bibirnya. “Sindir orang je tahu. Yalah
sori. Salah orang,” Najmi membebel kepada dirinya. Kakaknya, atau Najwa, hanya
tersengih.
“Itulah. Tak habis-habis dengan anime atau manga
kau tu kan, Naj? Ohaio la.. konichiwa la.. apa la.. sampaikan dah
masuk kepala otak akak ni tau?” Najwa mengggigit roti bakarnya.
Najmi segera mengangkat tangannya. “Please stop
nagging or I’ll hide your Mr. BunBun, sis,” Najmi malas nak
mendengar bebelan kakaknya.
Najwa menjegilkan matanya.
“Mr. BunBun jugak yang kena!” Najwa rasa nak cekik Najmi.
Mr. BunBun, arnab patung kesayangannya yang langsung tak berkaitan juga jadi
mangsa. Ish .
Najmi tersengih. “Dah tak ada orang lain dah nak jadikan
mangsa..hehe..”
Najwa menjulingkan matanya ke atas. “Apa-apa la adik oi!
Nah! Cepat makan, kita dah lewat!” Najwa menghulur sepinggan nasi goreng kepada
Najmi. Najmi menyambutnya. Sempat pulak nak makan nasi goreng dalam timing-timing
camni.
Namun Najmi tetap menyuakan sudu itu ke dalam mulutnya.
“Dah! Tak ada masa nak makan! Jom!” lalu pinggan nasi
goreng itu ditariknya. Najmi mengerutkan dahinya. “Nanidesuka?! (Apa?!)
Kakak, kau yang kasi nasi tu, Naj baru nak makan,” rasa nak cekik aje si akak
ni.
Najwa menjelirkan lidahnya. “Saje nak kenakan Naj.
Hahaha.” Najwa lalu berlari ke Pak Mat, si pemandu. Najmi menghela nafas. Apa
la nak jadi.
Najmi pun duduk di kerusi belakang bersama-sama kakaknya.
Pagi ini, mereka akan ke sekolah elit mereka; Sekolah High Blue Sky. Najwa
memeluk tubuhnya sambil menyelak buku Biologi. Rajin betul . Najmi pulak belek
komik Under 18: End of Fear. Berbeza betul diorang ni.
Anyway, nama aku Mohamed Najmi Risham bin Dato’
Nazim. Umur pun baru 16 tahun. PMR? Heh. Oleh sebab aku ni genius, dapatlah aku
8A. Bagus jugak ada kakak pandai macam Najwa ni. Dapat sikit baka kegeniusan
dia tu. Wakakakaka.
Kakak aku pulak, Noor Siti Najwa binti Dato’ Nazim. Umur
pun 17 tahun, tahun ni SPM. Tua setahun je daripada aku. Dia ni pulak memang
rajin, genius, bertanggungjawab dan dia ni pelawak tak jadi. Maksudnya, selalu
cuba buat lawak yang confirm orang tak gelak. LOL. Kesian, kan? Hahaha.
Kitorang dua orang aje adik-beradik dalam famili ni.
Bagusnya. Tak payah nak berebut sangat.
Lagipun, ada seorang kakak ni pun dah cukup buat hidup
aku huru-hara. Heh. Tapi, kakak aku akan berpindah sekolah. Memang ramai orang
nak kebijaksanaan kakak aku yang terlebih pandai ni. Rasanya dia akan ke
sekolah antarabangsa. Apa-apa la.
Hidup aku ni biasa je... dan aku ada seorang kawan baik
bernama Irysam Ahmad bin Dato’ Jainudin. Dia ni memang best. Aku boleh
tiru kerja rumah dia. Wakakaka..~ wokeh la. Dah sampai sekolah. Ciao~
=========================
“Yo, Irsyam!” Najmi
membuat high five dengan Irsyam. Irsyam membalas. “Yo. Kakak kau mana?”
tanyanya , sekadar bertanya.
Najmi mengangkat kedua-dua belah
bahunya. “Entahlah. Kelas la tu. Jom gerak,” Najmi terus berjalan. Irsyam
sekadar mengekor.
“Wehh. Cikgu Fir tak dapat hadir
hari ni. Seronoklah kau tak siap Geo,” Irsyam menjeling Najmi. Najmi terkejut.
“Nani?? Seriously? Yess! Selamat aku doh! Hahahaha. Bolehlah aku
tangguh kerja Geo tu kejap,” Najmi tersenyum lebar.
Irsyam menepuk dahinya. “Yeah
right. Bila je kau tak tangguh kerja eh? Haish. Tak eloklah buat macam
tu... susah nanti.”
Najmi menganggukkan kepalanya. “Kau
ni! Rileks la. Malam ni aku buat.. anyway.. peta-..”
DEBUKKK~!
Najmi terjatuh atas lantai. LOL. Apa
ni, apa ni? Aku terlanggar raksasa daripada Ultraman ke? Adakah raksasa itu
sudah terkeluar daripada TV? Tak selamatlah dunia sekarang!
Geez. Otak pun dah tak betul. Siapa
pulak langgar aku ni?
Seorang perempuan duduk mengusap
dahinya. Dia kelihatan sakit. Habis berserabut rambut dia tu. Heh. Kisah pulak
aku.. Najmi terus bangun.
Perempuan tu dengan ganasnya
merenung Najmi. Najmi mengerutkan dahinya.
“Hei , kau ni buta ya?? Sampai hati
kau langgar kaum yang lemah macam aku!” katanya dengan tegas. Najmi membuat poker
face. LOL.
Apa pula masalah dia ni.. bila masa
aku langgar dia?? Dia yang dengan ganas dan tidak berperimaknusiaannya
melanggar aku. Najmi merengus kasar. OK. Seriously. Buang masa layan.
“Jom blah, Syam.” Irsyam sekadar mengangguk.
Perempuan itu mencekak pinggangnya.
“Hei! Jangan berani-berani mengignorekan
kaum hawa okey! Tanduk kang!” marahnya. Najmi mengerutkan dahinya. Dia menoleh.
“OK adikk tak comel.. dengar sini.
Aku taknak cari fasal. One more thing, kau yang langgar aku. Did ‘cha
hear that? Kau yang langgar aku. So. I’m the innocence one.
Buang masa la bertekak ni.. heh.” Najmi membuat muka takde perasaan lalu segera
pergi.
Perempuan tu rasa nak tarik-tarik
rambut Najmi. Bengang ditidak pedulikan. Dia merengus lalu segera pergi. Najmi
merenung Irsyam. “Raksasa mana langgar aku tadi entah la..”
Irsyam tergelak. “Dah tak ada nama
lain nak panggil dia???”
Bersambung <3 Hope sudi baca dan komen. Thanks ! <3
2 orang hitam:
:DDDDDDDD Waaahhh!! Best giler kott!! :DD teruskan usaha kawan! nanty kite same2 antar kt PTS! :DDD
Ana: Haha. thanks ana. :D Erk? PTS? Melebih tu.. hahahah.. kau pun sme :3
Post a Comment