[Cerpan]:~ Pertukaran Bahagian Satu



Bahagian 1

Jam sudah menunjukkan pukul 7.26 minit pagi. Najmi masih terlentang berdengkur di katil beradunya. Langsung tidak membuka matanya.

Tokkk! Tokk! Pintu biliknya diketuk.

Kemudian, orang gajinya muncul. Dia menghampiri katil tuan mudanya itu. “Tuan muda, tuan muda. Sila bangun sekarang. Sekolah dah nak mula!” katanya, berniat mengejut lelaki muda itu. Najmi tidak berganjak walau seinci.

Orang gaji itu mengeluh kecil. “Cepatlah bangun!!!” kuat suara dia , macam nak robohkan rumah itu. Najmi tersentak. “apa bising-bising ni ahh?” marahnya sedikit.
Orang gaji itu menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Lekas bergerak, tuan muda. Sekarang sudah pun pukul 7.50 pagi!” katanya dengan muka serius. Najmi tersedak. “Hehh??” dia bingkas bangun dan mencapai tualanya. Orang gaji itu tergelak kecil. Senangnya nak tipu. Baru pukul 7.30 pagi.

Sekolah mula pulak pukul 8 pagi. Sekali lagi, dia menggeleng-gelengkan kepalanya lalu melangkah keluar daripada kamar tidur Najmi.

=========================

Damn! Baru pukul 7.45 pagi!!” Najmi mengerutkan dahinya. Boleh pulak kena tipu tadi. Dia memandang kakaknya yang sedang elok duduk di meja makan. Mungkin sudah lama dia makan sarapan di situ. Kakaknya memang tangkas dan cekap.

Ohaio gozaimasu..” Najmi duduk di hadapan kakaknya.

“Waalaikumussalam,” kakaknya menjawab lalu tergelak-gelak.

Najmi mencebikkan bibirnya. “Sindir orang je tahu. Yalah sori. Salah orang,” Najmi membebel kepada dirinya. Kakaknya, atau Najwa, hanya tersengih.

“Itulah. Tak habis-habis dengan anime atau manga kau tu kan, Naj? Ohaio la.. konichiwa la.. apa la.. sampaikan dah masuk kepala otak akak ni tau?” Najwa mengggigit roti bakarnya.

Najmi segera mengangkat tangannya. “Please stop nagging or I’ll hide your Mr. BunBun, sis,” Najmi malas nak mendengar bebelan kakaknya.

Najwa menjegilkan matanya.

“Mr. BunBun jugak yang kena!” Najwa rasa nak cekik Najmi. Mr. BunBun, arnab patung kesayangannya yang langsung tak berkaitan juga jadi mangsa. Ish .

Najmi tersengih. “Dah tak ada orang lain dah nak jadikan mangsa..hehe..”

Najwa menjulingkan matanya ke atas. “Apa-apa la adik oi! Nah! Cepat makan, kita dah lewat!” Najwa menghulur sepinggan nasi goreng kepada Najmi. Najmi menyambutnya. Sempat pulak nak makan nasi goreng dalam timing-timing camni.

Namun Najmi tetap menyuakan sudu itu ke dalam mulutnya.

“Dah! Tak ada masa nak makan! Jom!” lalu pinggan nasi goreng itu ditariknya. Najmi mengerutkan dahinya. “Nanidesuka?! (Apa?!) Kakak, kau yang kasi nasi tu, Naj baru nak makan,” rasa nak cekik aje si akak ni.

Najwa menjelirkan lidahnya. “Saje nak kenakan Naj. Hahaha.” Najwa lalu berlari ke Pak Mat, si pemandu. Najmi menghela nafas. Apa la nak jadi.

Najmi pun duduk di kerusi belakang bersama-sama kakaknya. Pagi ini, mereka akan ke sekolah elit mereka; Sekolah High Blue Sky. Najwa memeluk tubuhnya sambil menyelak buku Biologi. Rajin betul . Najmi pulak belek komik Under 18: End of Fear. Berbeza betul diorang ni.

Anyway, nama aku Mohamed Najmi Risham bin Dato’ Nazim. Umur pun baru 16 tahun. PMR? Heh. Oleh sebab aku ni genius, dapatlah aku 8A. Bagus jugak ada kakak pandai macam Najwa ni. Dapat sikit baka kegeniusan dia tu. Wakakakaka.

Kakak aku pulak, Noor Siti Najwa binti Dato’ Nazim. Umur pun 17 tahun, tahun ni SPM. Tua setahun je daripada aku. Dia ni pulak memang rajin, genius, bertanggungjawab dan dia ni pelawak tak jadi. Maksudnya, selalu cuba buat lawak yang confirm orang tak gelak. LOL. Kesian, kan? Hahaha.

Kitorang dua orang aje adik-beradik dalam famili ni. Bagusnya. Tak payah nak berebut sangat.

Lagipun, ada seorang kakak ni pun dah cukup buat hidup aku huru-hara. Heh. Tapi, kakak aku akan berpindah sekolah. Memang ramai orang nak kebijaksanaan kakak aku yang terlebih pandai ni. Rasanya dia akan ke sekolah antarabangsa. Apa-apa la.

Hidup aku ni biasa je... dan aku ada seorang kawan baik bernama Irysam Ahmad bin Dato’ Jainudin. Dia ni memang best. Aku boleh tiru kerja rumah dia. Wakakaka..~ wokeh la. Dah sampai sekolah. Ciao~

=========================

“Yo, Irsyam!” Najmi membuat high five dengan Irsyam. Irsyam membalas. “Yo. Kakak kau mana?” tanyanya , sekadar bertanya.

            Najmi mengangkat kedua-dua belah bahunya. “Entahlah. Kelas la tu. Jom gerak,” Najmi terus berjalan. Irsyam sekadar mengekor.

            “Wehh. Cikgu Fir tak dapat hadir hari ni. Seronoklah kau tak siap Geo,” Irsyam menjeling Najmi. Najmi terkejut. “Nani?? Seriously? Yess! Selamat aku doh! Hahahaha. Bolehlah aku tangguh kerja Geo tu kejap,” Najmi tersenyum lebar.

            Irsyam menepuk dahinya. “Yeah right. Bila je kau tak tangguh kerja eh? Haish. Tak eloklah buat macam tu... susah nanti.”

            Najmi menganggukkan kepalanya. “Kau ni! Rileks la. Malam ni aku buat.. anyway.. peta-..”

            DEBUKKK~!

            Najmi terjatuh atas lantai. LOL. Apa ni, apa ni? Aku terlanggar raksasa daripada Ultraman ke? Adakah raksasa itu sudah terkeluar daripada TV? Tak selamatlah dunia sekarang!

            Geez. Otak pun dah tak betul. Siapa pulak langgar aku ni?

            Seorang perempuan duduk mengusap dahinya. Dia kelihatan sakit. Habis berserabut rambut dia tu. Heh. Kisah pulak aku.. Najmi terus bangun.

            Perempuan tu dengan ganasnya merenung Najmi. Najmi mengerutkan dahinya.

            “Hei , kau ni buta ya?? Sampai hati kau langgar kaum yang lemah macam aku!” katanya dengan tegas. Najmi membuat poker face. LOL.

            Apa pula masalah dia ni.. bila masa aku langgar dia?? Dia yang dengan ganas dan tidak berperimaknusiaannya melanggar aku. Najmi merengus kasar. OK. Seriously. Buang masa layan. “Jom blah, Syam.” Irsyam sekadar mengangguk.

            Perempuan itu mencekak pinggangnya.

            “Hei! Jangan berani-berani mengignorekan kaum hawa okey! Tanduk kang!” marahnya. Najmi mengerutkan dahinya. Dia menoleh.

            “OK adikk tak comel.. dengar sini. Aku taknak cari fasal. One more thing, kau yang langgar aku. Did ‘cha hear that? Kau yang langgar aku. So. I’m the innocence one. Buang masa la bertekak ni.. heh.” Najmi membuat muka takde perasaan lalu segera pergi.

            Perempuan tu rasa nak tarik-tarik rambut Najmi. Bengang ditidak pedulikan. Dia merengus lalu segera pergi. Najmi merenung Irsyam. “Raksasa mana langgar aku tadi entah la..”

            Irsyam tergelak. “Dah tak ada nama lain nak panggil dia???”

Bersambung <3  Hope sudi baca dan komen. Thanks ! <3

2 orang hitam:

Unknown said...

:DDDDDDDD Waaahhh!! Best giler kott!! :DD teruskan usaha kawan! nanty kite same2 antar kt PTS! :DDD

D' Black Writer said...

Ana: Haha. thanks ana. :D Erk? PTS? Melebih tu.. hahahah.. kau pun sme :3

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012