Waktu Terbaik Minum Air Masak ;9



Hai hai~ Mai baru je letak lagu baru dekat blog semalam ;9  Again, lagu Jepun.Hahaha. Yep, Len dan Rin Kagamine yang nyanyi. Peminat vocaloids je la kott tau siapakah gerangan dua orang ini kan? XD  Lagu ni lagu feveret kakak Mai. (Y)

 

Anyway, Mai nak cakap pasal air masak hari ni. :D Siapa kat sini selalu minum air masak? Angkat tangan! *angkat* . Hahaha. Takde lah. Mai satu hari 4-5 gelas je ;9  . Tapi pakar menasihatkan kita supaya minum air masak lapan gelas sehari, kan?? Air masak merupakan sumber yang penting untuk kita dan membantu kita membuat kerja sehari-harian dan mengekalkan tahap kesihatan tubuh kita. 

Yep, betul tu. ^^ Kajian bagi yang kerap mengambil air masak mampu memulihkan sakit-sakit serius seperti sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas,epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing . Bagusnya air masak ni :3 

Tapi , pengambilan air masak ni ada masa-masa yang terbaikk untuk minum . 

1- Digalakkan minum air masak sebelum masuk tidur kerana ia dapat mengelakkan terkena serangan jantung dan serangan strok di mana air berfungsi sebagai pelancar dalam pengaliran darah kita sewaktu kita tidur.

2- Minum air masak sebelum mandi dapat melancarkan pejalan darah serta mengurangkan tekanan darah yang mendadak ketika tubuh badan kita menghadapi keadaan suhu sekeliling yang berubah-ubah.

3- Amalkan minum air masak sejurus bangun tidur dapat mengaktifkan organ-organ dalaman badan kita untuk kembali bekerja setelah berehat untuk masa yang agak lama. Yang lagi eloknya, minum air masak sebelum memberus gigi dapat memberikan pelancaran sistem penghadaman dan sistem pembuangan dalam perut kita.

4- Ini bagi yang suka sangat jaga kesihatan dan tubuh badan yang cantik, minum la air masak 30 minit sebelum makan adalah terbukti untuk mengelakkan perut daripada buncit. Lepas ambil air 30 minit sebelum makan, ia dapat mengelakkan kita daripada menjamah makanan terlalu banyak kerana perut dah penuh. ;9

Ikutlah nasihat-nasihat pakar ini supaya dapat menjaga kesihatan untuk jangka masa yang panjang. Namun, sihat tak sihat segalanya turun daripada ALLAH S.W.T.  Kita sebagai manusia hanya buat yang terbaik. XD

Assalamualaikum.
~Love, Mai~

sumber: Waktu Terbaik untuk Minum Air Masak .

0 orang hitam:

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012