We Say No to APRIL FOOL!




Bismillahirahmanirahim...


Hai korang.. di pagi yang indah ni, Mai nak kongsikan sikit pengetahuan kepada korang yer. :D Sumber dapat daripada Facebook. Copy and paste. Hehe. :3 Tapi sumber tu pun ambik daripada sumber yang lain. Hahah XD  

Anyway, hari ni berapa hari bulan? oh. 1 April 2012. Siapa tahu hari ni hari apa? Haaa.. betul tu. Hari ni April Fools' Day! :S Siapa sambut?  Waa.. tolonglah jangan sambut sebab menyambut hari April Fools' ni hukumnya adalah haram. Dah siap bold dah tu. :) Kenapa ianya diharamkan? Jom tengok cerita bawah ni:

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat'.

1. Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

2. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dala rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

3. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.

4. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

5. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

6. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.

7. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

8. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

9. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam merek sendiri

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Petikan Risalah Fikrah

>>SUMBER<<


Dah baca ke belum cerita-cerita atas ni? Sedih kan? Bagaimana orang-orang Islam ditipu di dibunuhkan macam tu oleh orang-orang Kristian? Jadi, janganlah sambut hari April Fools' ni sebab seolah korang menyambut hari kematian orang seagama dengan korang jugak; ISLAM! :( Renung-renungkan lah ye.




Assalamualaikum.

Love, Mai

0 orang hitam:

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012