Sebuah Kisah - MASTERPIECE



*ketuk perlahan mikrofon*
testing one two three, a b c, 1 2 3, 4 5 6.

Haha . Nampaknya mikrofon berjalan dengan baik. Ekekeke. Mai kena demam tengahari, tu pasai otak mereng sikit. =P  Nak dengar satu cerita tak? *ini kes takde kerja la ni*. Cerita ni.. hmm.. orang yang  PAHAM sahaja boleh merasakan kengeriannya. iye, betul, tak percaya sudah. 

First at all, Mai nak credit to salah seorang ahli 9gaggers di 9gag yang sudi menceritakan kisah ni dekat 9gag. XD Klik nama tu kalau nak ke sana. Di sini, Mai nak ceritakan balik kat korang , tapi selepas di-translate-kan dalam bahasa Melayu. Huhu. Tajuknya - MASTERPIECE.

The story begins.
Aku sudah terbaring untuk beberapa jam di atas katil sejak daripada tadi tanpa melakukan apa-apa. Jam diintai. Kini sudah pun pukul 5.30 pagi. Aku berada di bilik saya dengan ibu bapaku. Mereka tidak habis-habis merenungku. Aku tak boleh buat apa-apa kecuali melihat mereka , cuba menahan kuat daripada menjerit atau menangis. Ada rasa ketakutan yang sangat kuat dan darah di sini.

Aku akan mati! Aku tahu. Aku tak boleh tidur sejak daripada tadi. Aku akan mati dan takde siapa pun akan dapat membantu aku. Aku asyik berfikir bagaimana mahu selamatkan diri aku. Satu-satunya cara yang dapat aku berfikir ialah dengan berlari ke rumah jiran-jiran , menjerit meminta tolong dengan berharap sesiapa mendengar. Ianya berisiko tinggi tapi kalau aku terus duduk di sini, aku tetap akan mati.

'Dia' tunggu untuk aku bangun dan tengok dia punya karya (masterpiece). 

Korang mesti tertanya-tanya, apa yang sedang berlaku. Biarlah aku bercerita.  Pada 3 jam yang lalu, aku terdengar bunyi jeritan nyaring yang kuat. Lalu aku pun bangun , buka pintu dan cuba mengintai apa yang telah berlaku. Dan aku ternampak darah yang banyak di karpet di hadapan bilikku.

Aku berasa sangat takut! Aku terus masuk bilikku dan terjun ke atas katilku. Aku menyelebungi diriku dengan selimut. 

Aku cuba tidur, namun gagal. Aku cuba menganggap bahawa apa yang aku lihat tadi sekadar mimpi yang mengerikan saja. 

Tapi , aku terdengar bunyi pintu bilik tidurku terbuka. Mataku cuba mengintai apa yang akan berlaku. Senyap-senyap. Dengan mataku ini, aku terlihat sesuatu sedang menyeret mayat ibu bapaku ke sini. Aku tahu, itu bukan manusia. Aku tahu.

Ia meletakkan mayat ke dua ibu bapaku di hujung katilku, merenungi diriku. Kemudian, benda itu mula melakar sesuatu di dinding dengan darah. Ah. Aku tahu apa dia. Lakaran pentagram syaitan! (Kepercayaan orang putih). Mungkin ianya sesuatu karya (masterpiece).

Akhir sekali , ia menulis sebuah mesej kecil di pentagram tersebut. Sukar untuk aku baca di dalam kegelapan itu. Kemudian ia duduk diam-diam di bawah katilku, bersedia untuk menyerang. Kemudian , benda yang paling menyeramkan telah berlaku.

Aku dapat baca mesej tersebut. Aku cuba untuk melupakan mesej yang menyeramkan itu. Namun, aku mengintai semula mesej itu sebelum aku dibunuh. Ia tertulis...
.
.
.
.
.
.
"I know you're awake."

=end=

Hahahaha! Siapa yang paham dan dapat rasa seram tu, dia memang bijak pandai la! Huhu! =D Like I said, cerita ni asalnya Bahasa Inggeris. Korang nak baca yang original punya ka?? Haha. Ok ok. Kejap eh.

~Masterpiece~ 

Klik la atas tu. Happy reading ! =)

Assalamualaikum.
~Love, Mai~

                                                                                                                                                   

2 orang hitam:

Mr. Doctor said...

Gulp.. telan air liur sebentar.. hahaha

D' Black Writer said...

Hahaha. xD Kalau yg original tu lagi seram ada gambar sekali =3

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012