Show all posts
Showing posts with label bukit fraser. Show all posts

Happy Birthday Happy Birthday!! ~second~

ASSALAMUALAIKUM PEMBACA...   


Cuba teka hari jadi siapa?  Of course la mak saya yang bernama Fairuziah Mohd Esa...  umurnya ialah tut tut tut... mana boleh bagitau.. peribadi tu!!  Gambar kat atas ni gambar masa kami sekeluarga di Fraser's Hill, baru je pergi semalam. Ini mak ayah saya.. he he he..
Sebenarnya harijadi mak saya esok iaitu 13 Jun 2011, tapi masalahnya saya mana boleh online masa sekolah!!  *berdebar bila cakap pasal sekolah*
Apa-apa pun..
HAPPY BIRTHDAY, MAMA!!

Bila pula harijadi mak masing-masing? Komen lah, kongsi-kongsi cerita tu.. lelaki perempuan semuanya sama manusia juga.. jangan malu-malu okey!!   BTW, cantik tak gambar ni? hhehe... kejap kejap saya letak gambar saya...

Aha ha ha ha.. si penyibuk dah masuk.. sudah la perasan cun.. haha... ini dekat depan Tempat Makan Awam atau apa-apa lah namanya.. memang sejuk habis...  ekhem. Saya ada sedikit ucapan untuk bondaku tersayang.

Oh mama...

Eh macam lagu 'O Mama' pulak. Tukar-tukar..

Oh ibuku yang ku panggil 'mama'...  Kakak nak ucapkan selamat jari jadi kepada mama...  oleh sebab tak dapat nak ucapkan masa Happy Mothers' Day, biarlah kakak cakap sekarang.

Ok tak mukadimah awal?  *minum air masak*  Ekhem!!

Ma, terima kasih sebab melahirkan kakak...  semoga mama panjang umur dan murah rezeki serta ilmu..  semoga mama ceria selalu sehingga ke akhir hayat mama...  Ma, jangan tension sangat tau kerja tu.  Nanti ada apa-apa, kami yang susah. 

Ayat terakhir memang kena pangkah. Entah siapa-siapa yang tulis entah.. hehehe... gurau je.. sambung lagi..

Mama, jaga kesihatan tau.  Jangan sampai sakit.  Apa-apa pun,  mama yang terbaik.  TERBAIK!!!!!  I know you love to watch Boboi Boy.. ha ha ha.. ops....

Amacam? Okey tak?  Biasa.. hehe, gurau je.. Malangnya mama takkan dapat membaca ayat ni.. tapi mesej ini dapat dihantar ke hati mama oleh sebab saya ikhlas menulis suratan ini.. ehe he he!!  Apa-apa merepek aje saya ni.. komen tau!! Bye, Assalamualaikum...  


Rawang lalalalala... Rawang

Cuti ni  tak ke mana-mana ke?  Aha, saya dekat Rawang ni!! Seronok habis.  Wohoo!! Datang ni bersebab..  Abang (Azrin) dan Angah (Azwan) akan bersanding... yay, kakak nak ucapkan...
SELAMAT PENGANTIN BARU
for u both.  Mereka dah diijabkabul pada Sabtu yang lepas.. nama belah perempuan saya tak tahu... yang Angah punya isteri je saya tahu.. namanya Kak Hana.  Namanya memang secantik rupanya..he he,.. honestly OK!!  ^^-  Ada air terjun dan banyak lagi..
Kongsikanlah pengalaman percutian korang dekat sini.. sharing is caring, kan? He he he.. kalau boleh jer...   Hmm.. mmm... apa nak cakap lagi ni?!!   Oh yea.. perkara yang membosankan..   I got  not finish homework. Kyyaa
Baru balik daripada naik motor. Sekian lama tidak memboncengnya, akhirnya kerinduan yang terbuku di hati terlerai... chewah!! Ayat apa tu!!  Sesuailah sangat dengan bakal novelis ni... EKHEM!!  hahahaha,... gurau je... oh ya, saya sekeluarga pun mengambil kesempatan untuk pergi ke Fraser's Hill!!  Pening gila jalan dia... nak termuntah..  masa naik ok, masa turun je... fuhh...   saya tahu dah sejarah Fraser's Hill... Bukit Fraser.. sebenarnya Fraser tu nama orang, nama penuhnya Louis James Fraser.  Dia pencari bijih timah dan time tu bukit tu popular dengan bijih timah.. pada suatu hari tengah mencari bijih timah dia dilaporkan hilang dan tidak ditemui sehingga hari ni.. 
Apa-apa pun bukit Fraser memang best!!  Semua bangunan macam old british la.. cun!!  ^^
ANYEONG!!!  (Bahasa Korea: bye bye)


Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012