Show all posts
Showing posts with label happy birthday. Show all posts

Happy Birthday Happy Birthday!! ~second~

ASSALAMUALAIKUM PEMBACA...   


Cuba teka hari jadi siapa?  Of course la mak saya yang bernama Fairuziah Mohd Esa...  umurnya ialah tut tut tut... mana boleh bagitau.. peribadi tu!!  Gambar kat atas ni gambar masa kami sekeluarga di Fraser's Hill, baru je pergi semalam. Ini mak ayah saya.. he he he..
Sebenarnya harijadi mak saya esok iaitu 13 Jun 2011, tapi masalahnya saya mana boleh online masa sekolah!!  *berdebar bila cakap pasal sekolah*
Apa-apa pun..
HAPPY BIRTHDAY, MAMA!!

Bila pula harijadi mak masing-masing? Komen lah, kongsi-kongsi cerita tu.. lelaki perempuan semuanya sama manusia juga.. jangan malu-malu okey!!   BTW, cantik tak gambar ni? hhehe... kejap kejap saya letak gambar saya...

Aha ha ha ha.. si penyibuk dah masuk.. sudah la perasan cun.. haha... ini dekat depan Tempat Makan Awam atau apa-apa lah namanya.. memang sejuk habis...  ekhem. Saya ada sedikit ucapan untuk bondaku tersayang.

Oh mama...

Eh macam lagu 'O Mama' pulak. Tukar-tukar..

Oh ibuku yang ku panggil 'mama'...  Kakak nak ucapkan selamat jari jadi kepada mama...  oleh sebab tak dapat nak ucapkan masa Happy Mothers' Day, biarlah kakak cakap sekarang.

Ok tak mukadimah awal?  *minum air masak*  Ekhem!!

Ma, terima kasih sebab melahirkan kakak...  semoga mama panjang umur dan murah rezeki serta ilmu..  semoga mama ceria selalu sehingga ke akhir hayat mama...  Ma, jangan tension sangat tau kerja tu.  Nanti ada apa-apa, kami yang susah. 

Ayat terakhir memang kena pangkah. Entah siapa-siapa yang tulis entah.. hehehe... gurau je.. sambung lagi..

Mama, jaga kesihatan tau.  Jangan sampai sakit.  Apa-apa pun,  mama yang terbaik.  TERBAIK!!!!!  I know you love to watch Boboi Boy.. ha ha ha.. ops....

Amacam? Okey tak?  Biasa.. hehe, gurau je.. Malangnya mama takkan dapat membaca ayat ni.. tapi mesej ini dapat dihantar ke hati mama oleh sebab saya ikhlas menulis suratan ini.. ehe he he!!  Apa-apa merepek aje saya ni.. komen tau!! Bye, Assalamualaikum...  


Happy Birthday Happy Birthday!!

Assalamualaikum pembaca...  dah banyak sangat post saya tulis B. Inggeris, jadi kali ni BM pulak!  Hari ni ialah hari yang membanggakan kami sekeluarga... tereng reng reng...  apa lagi?  Mestilah hari jadi ayahandaku!!   Jadi, saya ingin ‘berucap’ sikit dekat sini.. uhuhuhu...
Ayah, kakak nak cakap sesuatu, walaupun ayah takkan baca blog ni...  dengar yee...

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO AYAH
HAPPY BIRTHDAY TO YOU...

Yay, umur ayah dah makin meningkat.. he he he...  ayah, jaga diri tau.  Semoga panjang umur dan murah rezeki serta ilmu.. semoga hidup ayah diberkati Atok dan ALLAH S.W.T. ...   
Ayah ialah seorang bapa yang baik dan penyayang.. dia selalu risaukan sesangat pasal kitorang tiga adik-beradik...  :’)   Ayah sekarang asyik kerja je...  ayah, jaga diri la...  kakak akan berusaha berjaya dalam hidup kakak, untuk membalas jasa ayah selama ni.

Walaupun kakak tahu jasa ayah tak ternilai harganya.  

Ayah...   only u can be my father. No one can replace you, yes!!  AYAH..  SELAMAT HARI JADI !

Ayahandaku Tercinta....~


Ini gambar ayah saya ketika di hadapan dan di dalam pejabat sekolah lama mak saya Fairuziah..  Hensem tak? Mestilah.. ha ha ha~!    Nampak tak baju kot tu?  Bergaya tak? Hhehehe...  



Ayah, just smiling ayah! Smile!!  Ini ayah semasa belum kerja di Jabatan Pendidikan.  Ketika ni beliau sedang berkhidmat sebagai seorang guru di SMKTIE.


Saya dah lupa ini pantai laut mana... tapi saya ingat kami berlima masih cukup, tengah holiday. Saya berumur antara 7-9 tahun la... uhuhu...


Fuyoo... terer tak ayah saya?  Bergambar dengan Mawi lah!!   Sebenarnya mak saya pun ada bergambar dengan Mawi dan Ekin.. hmm..  time ni Mawi dan Ekin ada shooting dekat Danga Bay..  


The last picture!   Ayat tengah nak makan Nasi Ayam Penyet dekat Restoran _____________ (sorry terlupa).   Masa tu kami first time makan di situ.. lazat~!  

Okey, itu sahajalah ...   bye bye!!

~ wirawanceritera.blogspot.com ~

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012