Jangan ta jawab salam. Hoho. Hai semuaa~ ;) Malam-malam je free nih. Pagi sampai ke petang travel ja kerja. Balik travel ni kena fighting la siapkan homework. Hahaha. Shishh. Nak siapkan homework, otak Mai kerja waktu pagi je.
Dah. Satap pasal homework. xD Mai nak perkenalkan kat korang pasal vocaloids . Weh , dah part 4 da pun... tapi Mai tak pernah cakap kan satu-satu nama diorang kan? Hohoho. xD Seperti di-explanation sebelum sebelum zaman blog ini, Mai dah terangkan, kan? Jadi Mai nak tunjukkan wajah-wajah vocaloids yang buatkan Mai gilak (selain daripada Ikuto <3).
Oh ye~ sila klik semua gambar untuk fullscreen yea. ;P
Miku Hatsune
-16 tahun-
Kaito Shion
-20 tahun-
Meiko Sakine
-umurnya tak pasti sama ada 16 atau 20-
Len Kagamine
-14 tahun-
Rin Kagamine
-14 tahun-
Luka Megurine
-20 tahun-
Gakupo Kamui
-20 tahun-
Okey dah tu je. Kena tidur awal, esok nak ke KL. :p Skandal diorang ni Mai pun taktahu siapa. Hahaha. XD Kbye.
Sebelum ni, Mai pernah cakap kan pasal vocaloids?? Haha! Apa? Tak sedar? Sadiss betul. Hehee. No worries. JustKLIK SINI untuk ke entri tu, okey? Anyway, Mai makin gila2 dengan vocaloids sebab jumpa LAGU satu siri SERVANT OF EVIL. Gile seronok aaa!!
Mai harap korang sudi tengokk untuk mengongsi keterujaan Mai.. hahaha. Dia ada 6 video. Memang berbelit. Kena tengok semua, ulang, dan baru pahamm. Mai pun tengok sepanjang hari untuk memahami. Tu pun tengok komen-komen penonton lain , untuk penjelasan lanjut. Sekarang Mai betul-betul faham. Hehe.
Jom cekidout!
TwiRight Prank [Len and Rin Kagamine]
Daughter of Evil [Rin Kagamine]
Servant of Evil [Len Kagamine]
Message of Regret [Rin Kagamine]
Re_Birthday [Len Kagamine]
Daughter of White [Yowane Haku]
Amacam??? Dah tengok??? OK la.. Mai tak paksa korang untuk tengok.. hihi cume berharap je.. :P Mai memang suka gila.. sebabdia really-really twisted untuk difahami bagi Mai. :DDD Sesiapa yang tengok tu, Mai sangat-sangat APPRECIATE!!!!!
Uhukk.. uhukk.. OK tu bukan bunyi batuk. Bunyi orang nangis. Hahaha. Mai tengah tengok Vocaloids dekat Youtube. Cop cop. Vocaloidstu pe bende? :L OK dulu Mai pernah post, tapi rasanya takde orang yang rajin nak dok tercari-cari post Mai yang dulu, kan? Hahaha.
Vocaloids tu sebenarnya watak anime yang menggunakan suara komputer dan di-Auto Tunes kan. Korang dengar pun bukannya macam suara manusia betul. Dia suara robot dan hampir-hampir manusia betul. Asalnya daripada German, watak asalnya : Kaito dan Meiko. Pastu tak berapa sangat, negara mana pulak ambik dan buat watak lain.
Akhirnya, Jepun pulak ambik vocaloids tu dan berjaya. Dia telah berjaya membuat banyak watak-watak seperti Hatsune Miku, Kaito, Meiko, Kagamine Len, Kagamine Rin, Luka dan banyak lagi lahh. Kegemaran Mai ialah pasangan kembar Len dan Rin (bukan takat kembar. Diorang boleh jadi lover, friend jugak. Haha!)
Bawah ni.. tajuknya Servant of Evil, dinyanyikan oleh Len. Tengoklah! Jangan tak tengok ;P
Dah tengok? :3 Mai kalau tengokk, nangis. Kenapa? Biar la Mai cerita pasal video ni. Vocaloids semua memang berbelit-belit maksud-maksud lagu diorang. Huh.
Al-kisah, suatu masa dulu, ada sorang princess yang berumur 14 tahun, bernama Kagamine Rin yang ruled kerajaan tu. Dia ada sorang hamba yang dia rapat, mempunyai rupa yang sama iaitu Len. Tapi, Rin ni kejam. Segala benda yang dibuat rakyat jelatanya akan diseksa. Len , sanggup menjadi jahat untuk Rin. Dia bunuh sape-sape yang disuruh Rin.
Suatu hari, Kaito dan Meiko, yang jugak rakyatnya tak berpuas hati. Diorang memberontak. Miku dibunuh hanya kerana Rin tu jeles . Apa-apa la. Bila Len tau rakyat nak bunuh Rin, Len cemas. Dia suruh Rin bertukar tempat untuk dia supaya Rin dapat melarikan diri.
So, akhirnya, Len la yang kene bunuh. Huuu! Sedihnya!! Rin pun dapat melarikan diri ke kerajaan jauh daripada situ. :( *sedih * . tapi lepas tu, Rin insaff la kott.
:DDDD Banyak lagi vid berbelit vocaloids yang lain! :DDDD
Hola!! >.< Saya masih nak cakap pasal vocaloids, seperti beberapa post sebelum ni! Honestly from my heart, saya dah gila-gilakan benda ni. Heh, ada yang tanya 'kenapa?'. Perlu ada sebab ke nak meminati sesuatu? XD Haha gurau je. Ok la mungkin saya akan menjawab,...
~Lirik diorang~
Lagu-lagu diorang seperti mempunyai maksud-maksud yang tertentu dan mendalam! Nak saya kasi contoh ke?? Ok la mungkin contohnya, laguGame of Lifeyang dinyanyi Miku Hatsune. Ataupun laguWitch, lagu Luka Megurine dan yang juga dinyanyi Miku Hatsune, My True Self .
Hmm.. apa lagi? Mungkin sebab diorang comel, ... dan juga lagu-lagu diorang tu perlu difahami betul-betul sebab lagu diorang biasanya berbelit-belit macam lagu Cantarella , dinyanyi Len & Rin Kagamine. Hmm.. :\ Saya sangat suka benda-benda yang berbelit dan perlu difahami betul-betul macam tu!! >.<
Oh ye!! Lagu I Wanna Be a Princess penyanyinya Rin Kagamine itu sangat comel ! >.< moe moe :3 Ok ah~ cari lagi banyak-banyak lagu vocaloids dekat Youtube ok! XD Join saya jadi peminat vocaloids..hahaha... :3
HMm.. hari tu saya dengan kakak saya ada tengok, 'Kids React to Miku Hatsune'. :O Terkejut saya dengan sambutan diorang. Ada yang mengatakan, "Miku hatsune sangat comel!", "Saya rasa dia tidak patut diminati sebab dia tidak wujud.." , "WTH is this?" dan macam-macam lagi... hahahah!! Saya tetap minat diorang!!
Halo ni D' Black Writer. ^.^ Dah berapa lama saya tak update blog? Hmm... :\ Tak ingat la. XD Ahahaha saya nak cakap pasal kegemaran saya kini. Apa dia? Wahaha~ mesti ah vocaloids.. Apa tuh vocaloids?? Saya pun tak pandai nak explain. Kalau nak penjelasan, pergi ke Youtube dan cuba search, "Miku hatsune", "Kaito", "Rin dan Len", "Luka" dan macam-macam lagi sebab diorang ni contoh vocaloids.
Dan kegemaran saya ialah Rin dan Len (kembar)!!! >.< Seronok sangat. Atas ni video lagu kegemaran saya yang dinyanyi Rin & Len, tajuknya "Romeo & Cinderella". Syiok! :3 Tengok ah.. ahahaha... >.< Nak saya kasi contoh-contoh vocaloids lain? Hmm... no hal. ;) kejap eh saya kasi video-videonya kat bawah ni...
[MIKU HATSUNE - World is Mine]
[RIN & LEN KAGAMINE - Ponpon]
[HATSUNE MIKU - Melt]
Ahahaha saya dah kasi empat video. Hmm~ dah tengok? Best kan? XD
p/s: aishiteru Rin & Len ^_^
Ahaha... seronok sangat. Nak video-video lain, search la ek dekat Youtube ! ^.^ Vocaloids ni semua saya kenal daripada kawan saya Mirhanieza. :3 Kalau tak mesti saya tak kenal.