Kehidupan ialah Cerita Kita - Bahagian Dua


Part 2
Syarikat SatuKeluarga Sdn. Bhd., Bangsar, Kuala Lumpur : Isnin : 8.46 pagi
JARI-JEMARINYA yang mulus lagi gebu itu menaip pantas papan kekunci. Wajah-nya serius dikerut-kerutkan.  Wajah putih itu menunjukkan bahawa dia cukup komitmen dan tegas di dalam alam pekerjaannya.  Dia hanyalah seorang akauntan di syarikat milik bapanya.  Dia sendiri yang mahukan permintaan itu. Dia dilayan seperti pekerja lain. Dinaikkan pangkat apabila betul-betul cukup baik sahaja. Sahaja! Seperti yang lain!
            Dialah Rina Erlina binti Tengku Nashid. 
            Tok! Tok! Tok!
            Pintu diketuk kuat memecahkan gegendang telinganya.  Rina bengang dengan keadaan itu. Kerjanya masih menimbum ada juga yang ingin mengganggu konsentrasinya.  Kepala si kawan baiknya Hanifiah terjegul keluar. “Well hello dear. Jom lunch. Perut aku dah lapar dong,” Hanifiah ketawa terkekek mendengar slanga Indonesia yang dituturtnya sendiri itu.  Rina mengangkat keningnya yang seperti Ziana Zain! 
           Lunch? Sudah pukul berapa?” Rina kebingungan.  Segera matanya dijeling ke arah jam digitalnya.  Biar betul sudah pukul 12.30 tengah hari? Masa seperti terasa begitu pantas berlalu!  Hanifiah tidak terasa mahu menjawab kerana dia tahu Rina sudah mengetahui waktu sekarang. 
            Hanifiah mendekati meja kerja Rina itu.  “Marilah.  Hari ni.. siapa belanja?” Hanifiah bertanya penuh minat.  Memanglah itu rutin harian mereka.  Saling berbelanja antara satu sama lain pada waktu rehat.  Rina memeluk bahu Hanifiah. “Kaulah!! Semalam aku dah belanja kat Pizza Hut,” Rina tersengih-sengih. Rakan-nya itu tersenyum simpul.  “Okey, okey.  Aku tahu aku makan banyak sangat..” Hanifiah memang gilakan masakan-masakan resepi Pizza Hut.  Itu membuatkan Rina hampir pokai!
            “Aha!! Hari ni aku nak makan dekat food court Mid Valley!”
            Hanifiah mengangguk memahami.  Mereka terus mengorak langkah ke arah kereta milik Rina iaitu Myvi warna putih.  “Berapa lama nak sampai ni?” soal Hanifiah.  Rina menjeling Hanifiah dengan ekor matanya.  Dia mula memutarkan kunci kereta.  “Hmm.. enjin baru bunyi, kau dah banyak sangat bunyinya?” sindir Rina kemudian menukar gear ke R.  Dia menekan pedal. 
            So, what? I’m just asking okay!”  Hanifiah membalas lalu mencapai se-nashah majalah Remaja yang ada di laci.  Dia membaca satu per satu perkataan yang tertulis di dalam majalah itu.  Rina tersenyum.  “Kau boleh baca dalam kereta?” kagum nada suara Rina.  Hanifiah menutup buku itu seraya memandang Rina.   “Kenapa?  Aku dah biasa,” bangga Hanifiah sehingga otot hidungnya ter-lebih-lebih kembangnya!
            Rina menjelirkan lidahnya.  So, what? I’m just asking okay!” Rina mengajuk ayat Hanifiah tadi.  Hanifiah menahan rasa geramnya.  Tak apa.. ada lori ada bas, ada hari aku balas!

BERSAMBUNG...  baca dan komen ya!!

0 orang hitam:

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012