Sinopsis 'Kehidupan ialah Cerita Kita'

Sebenarnya, saya mahu meletak karya saya yang bertajuk 'Kehidupan ialah Cerita Kita' di sini. Anda boleh membacanya secara percuma oleh sebab saya bosan.  Setiap minggu kalau saya free saya akan meletak satu per satu bahagian.  Diwajibkan komen ya!! He he he he...  kalau mahu..  semoga terhibur.

_____________________

Rina Erlina bt Tan Sri Nashid,  seorang wanita yang berusia 24 tahun hampir sempurna.  Kecantikannya, kecerdikannya, bakatnya, kelembutannya, kemanisannya membuatkan dia popular dan dipuja di tempat kerjanya sebagai seorang akauntan.   Namun di dalam kesempurnaan itu tiada siapa yang tahu dirinya didengki dan dicemburui.  Masa silamnya yang gelap juga membuatkan seseorang itu berdendam kepadanya. Hanya Hanifiah ‘Aafiah dan Fuad Hakiki mengetahui rahsia besarnya itu.
Sedang membaca surat khabar di pagi hari,  tajuknya ‘TAN SRI NASHID DIBUNUH’ sahaja hanya mampu membuatkan dirinya tercekik.   Bapanya dibunuh!!  Dikatakan juga ada ‘trademark’ Coklat Cadbury.  Anak mana tidak risau dan marah?  Ibunya yang melarikan diri ke Australia lama dahulu juga tidak dapat ditelefon semula.   Rina membiarkan polis menyiasat kes bapanya.
Tidak lama kemudian,  khabar ibunya Qasih Mahdiyah turut dibunuh dengan trademark yang sama iaitu coklat Cadbury.  Tanpa menghiraukan risiko yang dihadapinya,  Rina, Hanifiah dan Fuad mesti mencari kebenarannya!!
______________   

Rina Erlina:


Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012