Terlepas wey!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca.. uhu, banyak betul gelaran untukku sekarang, yang saya buat sendiri.  Fasyahna Syah Shuhaimi, Fasyahna sHaimi, Farihah Shuhaimi dan Farihah Syahmina semua ini gelaran novelis.  Minah Saleh, Minah Melayu Sejati, 'D Black Writer, Bola dan Buku dan GadisMisteri -nama blogger. Memang sudah terang lagi jelas yang saya keliru!!  Tapi ini bukan topik utama post kali ini. 
Tensed.. tensed, well takdelah tension sangat tapi memang frustrated jugak lah.  Saya yang sepatutnya berada di padang sekolah tersenyum-senyum berlawan kini tidak lagi.  Kenapa? Sebab bangun lambatlah, sebab apa lagi!!  Itu yang saya rasa nak belasah je diri saya sendiri. Saya tak boleh nak salahkan ahli keluarga yang lain sebab..
malam tadi kami pulang ke rumah pukul 12.35 minit malam.
Kenapa?
Mestilah sebab kami tengok wayang KL Gangster.  Best gila cerita itu dan membuatkan saya tidur 1 pagi. Ceh!!  Asalnya nak tengok pukul 9.45, so bolehlah habis awal sikit iaitu pukul 11 lebih. Tapi sebab dah habis tiketnya, ayah saya tetap nak beli yang pukul 10.30 punya.. sementara menunggu di U Mall itu, kami jalan-jalan sebentar. Ibu bapa saya sempat bersua dengan teman ayah saya yang sedang berniaga.  Ibu saya pula beli sehelai baju di butiknya itu. Eh jap ye ke butik?
Perasan bersalah masih menyelubungi hati ini. Rakan-rakanku, saya minta maaf seribu kali!!!  Sorry sorry sorry sorry....Apa-apa pun ni post KL Gangster:   *demi menunjukkan saya benar2 kesal apa yang telah terjadi*


Ini dia poster KL Gangster!!  Biarlah saya ceritakan sedikit mengenainya. Watak utamanya ialah Aaron Aziz yang memegang watak Malek.  Adiknya pula Jai dilakonkan oleh Adi Putra.  Syamsul Yusof ialah Shark.  King ialah Ridzuan Hashim, watak ayah tiri kepada Shark.  Malek telah ditangkap polis atas kesalahan merompak bank.  Selepas dipenjarakan selama 5 tahun, Malek telah 'mencuci tangan'.  Ianya bermaksud tidak mahu terlibat lagi dalam hal-hal gangster. Dia mahu bertaubat. Tetapi kumpulan-kumpulan gangster asyik mengejarnya dan juga adik-adiknya yang masih rosak membuatkan Malek terpaksa pulang ke jalan itu.  BERSAMBUNG~  sambungan> tengoklah sendiri!!
Oklah bye...  Assalamualaikum!

0 orang hitam:

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012