Cemas ... uhuhu...

ASSALAMUALAIKUM, MINAH MELAYU SEJATI DI SINI...
oops, alamak, ter-caps lock pulak.  Apa-apa pun, rindu sangat dekat blog ini!!  Lama tak log in.  Mungkin sebab saya sangat sibuk sejak akhir-akhir ni.  Kenapa?  Oh, my GOD, UPSR lagi 66 hari lagi!!  Hei,  tak sampai berapa bulan pun.  Saya resah-gelisah ini.  Tambah-tambah lagi,  Pra UPPM 3 minggu hadapan.  :O  Nasib baik bukan UPPM 3 betul.  Tapi tetap 'uppm' namanya. 
Fuhhh.. UPPM 3 bersamaan dengan Peperiksaan Percubaan UPSR.  Risau dowh.  Oops, sejak bila saya guna 'dowh' ni?  Mungkin sebab agak stres kot...  
Saya suka dapat homework sejak akhir-akhir ni. Tak tahulah kenapa.. tapi bukankah ini perkara yang positif?  :)  Saya mulai suka datang sekolah, mulai rajin.  Apa lagi?  Hurrmmmm.....  saya sebenarnya, memang boleh sangat stay up.  Bangun sampai 3-4 pagi saya boleh tahan. Tetapi masalahnya,
saya penakut.  
Saya kena ada teman.  Di mana saya boleh dapat teman untuk berjaga sehingga lewat malam? Mirhanieza? Boleh, tapi masalahnya kami bukan rakan serumah!  Kak Farah?  Kak Farah kat asrama.... sudah, dua orang hamba ALLAH itu ajelah yang saya kenal, yang suka stay up sampai pagi-pagi buta.  Uhuhuhu....  sudah memang nasib saya dilahirkan sebagai seorang gadis yang penakut.  =D  
Alamak, mama tak habis-habis nak mendesak! Tak suka betullah! Orang baru aje bukak!   Kena off, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh...

~THE BLACK WRITER

2 orang hitam:

Chum said...

suruh hantu kak limah teman awk memalam..die kan jage memalam...hehe..just kidding...

Farihah ComeyMomey said...

kang hantu kak limah yang cabut lari tengok kita mula angkat terompah jepun... hahaha

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012