Sudilah Membaca.. ekhem!! =D

Assalamualaikum para pembaca semua..  Minah Melayu Sejati berada di sini untuk menaip; kali ini bukan benda yang merepek-repek!! Kali ini benda yang.. hermm.. entahlah.. mungkin luahan perasaan?   ->.>  malu pulak. Saya gadis yang lahir pada hari Jumaat.. kata orang perempuan lahir hari Jumaat tu keras hati dan sukar hendak meluahkan isi hati... itulah yang sama sering alami!!  Keras sangatlah hati saya ini!!
Saya seringkali tak faham...  kenapa saya selalu menangis seorang diri...  menyepi di dalam bilik dan mengenangkan saat-saat suka dan duka hidup ini.  Selama ini, apa yang menyedihkan saya ialah,  apabila saya sedih dan kecewa, seorang pun tak pernah sedar.  Tak kisahlah daripada keluarga ataupun rakan-rakan,  mereka tak selalu bertanya kepada saya jikalau saya ada tekanan perasaan ataupun tidak!!
Hisy.. bengang pun ada.
Saya selalu tertanya-tanya, "Kenapa ep selama ini aku ikhlas memaafkan orang dan selalu membantu orang?  Aku pantang tengok orang sedih dan aku mesti bertanya."
Tetapi perkara itu tak pernah orang bertanya kepada saya sedangkan saya selalu berfikir tentang mereka.  Saya merasakan, masalah rakan-rakan ialah masalah saya juga! Masalah keluarga ialah masalah saya jua!!   Saya bukan nak bangga... tapi just meluahkan isi hati sahaja...
Mungkin tidak semua seperti saya?  Saya ini bahlol jugak ya!!  Saya terfikir,  mesti semua orang sama seperti saya.  Semua mengambil berat dan sering risau. Semasa meluahkan isi hati di CBox Penulisan2u... Kak Ari ada bagi nasihat,  saya kena berfikiran rasional.  Saya kena matang. Kena fikir, tak semua orang sama.  
Bak kata pepatah,  "rambut sama hitam, hati lain-lain"!!  Betul, tidak?  Erhmmm...  saya luahkan hati ini sebab baca 'Akukah Cinderella Itu?' punya pasallah!!  Terus teringin nak luahkan isi hati setelah membaca Lisa sering meluahkan isi hati di blog-nya juga... kikiki... <<<Farihah orang yang mudah terpengaruh!!
Well, back to the topic...  saya sebenarnya tak kenal siapa saya ini!!  Saya masih mencari siapakah diri saya ini. Jasad di mana yang roh saya duduki!!  @_@  Rungsing memang rungsing.  HuH...
Erhmmm... nak dipendekkan cerita, apabila dengan rakan-rakan, tak kisahlah saya jadi mangsa buli ke (tak pernah terjadi!), jadi pak turut ke (kadang2 =D) ke, kena tolong itu ini tanpa menghadkan waktu ke, saya tak pernah marah!! Saya lagi suka adalah, sebab saya merasakan saya membantu mereka dengan hati sering berbisik 'Lillahi Ta'ala' yang bermaksud 'kerana ALLAH TA'ALA'.  =D Bahagia...
Tetapi apabila famili terdekat saya,  pantang mereka suruh buat SEDIKIT sahaja, saya sudah mengamuk satu dunia.  Tetapi saya selalu pendam ajelah, tak sanggup nak cakap terang-terang.  Tetapi saya selalu tunjuk bahawa saya sedang protes!!  Seperti menghempas pintu ke, tolak almari sampai roboh ke ... apa-apalah, sebab saya ini boleh tahan gagahnya!!  Yalah, tiap-tiap hari, saya bawa beg yang beratnya lebih kurang 2-3 kilogram!!  Pastinya membuatkan saya berasa ringan mengangkat meja, pasu, kerusi guru atau murid, meja guru dan banyak lagilah.. Uhuhuhuhu.....  <.<  risau pulak.
Kadang-kadang, saya jadi 'Incredible Hulk'!!   =D  Tak adalah.  Kulit saya tak jadi warna hijau pun, jangan risaulah.. hihihihi.... oopss... banyak membebel pulak waktu azan Ishak ini.  Apa-apa pun, terima kasih kepada sudi yang membaca dan mengkomen... Saya hargai sangat-sangat!!  Saya amat bersyukur kepada orang yang mengambil berat kepada saya! 
Alhamdulillah....  ringan sikit beban kepala.  Mata terapung-apung pulak.  Kalah belon yang ada gas tu.  =D  Tak adalah sampai macam tu!! Gurau ajelah!!  Oh, ya, saya ada peringatan!! Sila baca:

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”  Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.” Gunakan perkataan“Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain, untuk elakkan diri daripada membuat dosa yang tidak disengajakan!!  Saya harap kalian mengambil iktibar ya!!!

OKlah, sampai di sini sahaja saya membebel.  ^^-  Ringan sedikit bebanan hati daku ini. Chewah!! Ayat apa tu??   Jangan lupa letak di Facebook/Blog masing-masing ya!!  Bagi yang sudah tahu awal-awal, alhamdulillah!!

*melihat balik daripada atas ke bawah*
Oh inilah yang terpanjang pernah saya tulis di sini.  =D   Goodbye, semua!!!  Assalamualaikum....

~D' Black Writer~

0 orang hitam:

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012