UPSR datang...


Assalamualaikum!!
Hai, Fasyahna Shuhaimi di sini. Aduhai, macam-macam la saya ni, kan?  Okeylah, saya merasakan saya bertambah pelik.  Tengok tajuk, mesti sudah tahu betapa cemasnya saya, kan?  Oh, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)!!  o.O   Memang mencemaskan, memang mendebarkan...  uhuhu....

Apa yang sangat mendebarkan ialah pada 26/7/2011 nanti ada trial exam!  Naa... that's really really really killing me.  Apa yang saya nak buat ni?  Untuk Pra UPPM 3, keputusan tidak begitu memuaskan hati.  Malu saya nak beritahu, jadi faham-faham la ya? Saya bagi klu aje,  BM 1 dan BM 2 memang memuaskan.  B.Inggeris membuatkan saya muram.  Matematik membuatkan kepala saya terhantuk di dinding.  Keputusan Sains mengukirkan senyuman di bibir saya. So, make your own conclusion, okay?  *mengeluh*

Sedihnya...  saya perlu belajar lagi.. tetapi ...bila saya ajak kawan-kawan saya study group,  
H cakap, "Sorry, kita busy sangat-sangat."
F cakap, "Borak-boraklah kejap!"
K cakap, "Nantilah..."
Dan sewaktu dengannya.  Maafkan saya, saya bukan berniat nak mengumpat, mengutuk or anything else.  Tetapi masalahnya, alasan mereka membuatkan saya kecewa sangat!  Bila saya nak belajar?  Keputusan Syazwani, Yuvaarisha, Fahmie, Irdina dan lain-lain buat saya putih mata.  Sudahlah kena marah dengan Cikgu M...   uhuk...  takpelah, ini memang salah saya, redha ajelah.

Apa yang buat saya separa happy separa sedih ni?  Selain daripada markah keputusan saya, saya juga sudah dapat apa yang saya idamkan selama ini!  Buku-buku Scholastic!  XD  Saya hanya memesan dua buah buku, iaitu Wish dan Petal Pushers: Too Many Blooms!!  X)   Seronoklah.. tetapi Mirhanieza lagi extreme!  8 buah buku.   Wow,  macam tak percaya.  Banyak sangat..  mesti seronok...  sedikit sinopsis tentang 2 buah buku yang saya pesan tu!  *sebenarnya bahasa Inggeris, tapi saya translate*

~Wish~Kembar Olivia Lansen,  iaitu Violet telah meninggal dunia di dalam satu kemalangan.  Apabila Olivia berpeluang untuk meminta 3 permintaan,  permintaan pertamanya ialah menghidupkan Violet kembali.  Namun, kepulangan Violet langsung tidak seperti yang diharapkan.  Permintaan kedua dan ketiga Olivia membuatkan keadaan semakin huru-hara.  Olivia sedar,  dia perlu berhati-hati apabila meminta sesuatu...  ataupun ianya tidak akan mengubah kehidupannya.

~Petal Pushers: Too Many Blooms~Delphinium, ataupun nama komersialnya, Del, merupakan anak sulung dalam empat adik-beradiknya (Rose, Astern dan Poppy) .  Rumahnya yang kotor dan mess up membuatkan Del pening.  Del merasakan dialah yang paling tua di antara semua itu berbanding ibu dan bapanya!!    Del sukakan kedai bunga great grandmother-nya, Lily kerana ia wangi dan kemas.   Naa... boleh ke Del selesaikan masalah-masalahnya?

Amacam? Okey tak??  Uhuhu...  hanya terhad daripada Scholastic.  *angkat kening dua kali*. Harga kedua-duanya ialah RM30.00 tahu!  :')  Takpelah,  terima ajelah.  OKlah, apa-apa pun, kalau korang ada exam terdekat, wish you the best!  Doakan saya yang terbaik, okey? Kalau okey, terima kasih sangat-sangat.  Insya-ALLAH, ada masa, saya belajar *ekhem2, ada masa?* dan cuba meng-edit blog lagi......  

ASSALAMUALAIKUM, PEMBACA YANG DIRAHMATI ALLAH.

Cinta Abadi> Cinta kepada ALLAH.  Sesungguhnya, ALLAH akan mengingati hamba-hamba yang mengingatiNYA.   ALLAH S.W.T. Maha Bijaksana lagi Maha Mengingati.  Semoga umur kita panjang dan murah rezeki.  Semoga kita tak jatuh sakit pada hari penting.  Insya-ALLAH...  =)    Komen tau!!  

0 orang hitam:

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012