Alam Persekolahan - Menyeronokkan/Menyeksakan?


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh....  Violet ada di sini... (eheh! Terasa gedix pulak nama tu!  ;D)

Apa?!  Dah baca topik pun mesti korang dah terfikir, "Ah! Bosannya budak ni, pasal sekolah aje" dan sebagainya.  Ehehehe... tak terasa pun~   Yang penting saya nak meluahkan perasaan hati saya ni.  Biasa la.  Saya pun budak sekolah seperti orang lain.  So, topik palingggg common - perihal sekolah. Percayalah!

Hurmm... saya memang jenis yang suka membebel.  Sabo ajelah melayan kerenah saya ni? Hahaha!  Biasa lah tu!  Kalau tak suka baca, skip ajelah. Kan senang?  

Okey, semua tentu sudah berpengelaman/sedang menjadi murid, kan?  Jadi, mesti korang tau apa rasanya!   Pasti ada jugak yang mengeluh (walaupun sekali);  "Ahhh!!  Bosannya!" ,  "Banyak gila homework... pecah kepala otak aku" , "Ish, benci betullah aku dengan sekolah ni" dan sewaktu dengannya.  Hei, jangan tipu yang korang tak pernah mengeluh!  Saya sendiri pernah, tau?

Persoalannya di sini,  alam persekolahan itu menyeronokkan atau menyeksakan?  Meh si pembebel nombor satu cakap! ;P    Jadi,  apa jawapannya kepada persoalan kita kali ini?  Saya jelaskan sikit demi sikit supaya korang faham sikit.  (Saya ni guru yang not pakar dan tak pandai meng-explain.)

Apa yang dimaksudkan dengan 'menyeronokkan' dan 'menyeksakan' ini?   Well, biarlah saya tulis sementara dapat inspirasi lewat malam sambil menikmati kopi ais nipis turut menonton rancangan WWE bersama ayah saya.   XD  

Menyeronokkan?  Mestilah, sebab dapat berjumpa kawan-kawan,  bertukar cerita,  menjadi pandai,  dapat pengalaman,  tidak begitu menjadi 'katak di bawah tempurung kelapa botak' (main-main aje) dan sebagainya.  Seronok, kan jadi kak gosip?  Hahhh.. hahh.. jangan tipu!!  Seronok, kan?  Saya pun bila nak hilangkan stres gila-gila,  saya menyampuk jugak apa yang diorang gosip tu.  :P  Saje je buat dosa kering.

Menyeksakan? Haaa... ini mesti banyak yang menyokong ni, kan?  Banyak kerja rumah la,  cikgu garang la,  otak nak pecah la,  bosan la,  gaduh dengan kawan la, cikgu tak best la,  kena rotan la dan sewaktu dengannya.  ;)   Jangan risau, jangan tipu di bulan Ramadhan yang mulia ini.  Memang benar, kan?  

TAPI...

Pernah ke korang terfikir kebaikannya?  Mesti pernah, kan?  Tapi ada jugak yang tak pernah! Isy.. jangan la mengeluh banyak sangat sampai tak nampak kebaikannya.   

Kalau kita banyak buat latihan/kerja rumah....

~Otak kita automatik dah terbiasa dan bila nak jawab peperiksaan,  soalan itu boleh dijawab dengan hujung jari aje!

~Kalau kita dah biasa buat kerja rumah yang banyak, kita makin lama makin suka (tapi ada jugak yang still buat kempen "PERANG KERJA RUMAH", kan? Huhuhu...)

~Tengok jam.  Oh! Ada masa lapang la! Nak buat apa ek?  Nak melepak dekat arked la...  eh, tapi ada kerja rumah!  Nanti cikgu rotan! Baik buat dulu!  (Bukan ke itu kebaikan?  Kita dapat mengelak diri kita daripada gejala sosial!)

Namun... 

Saya percaya, setiap kelebihannya pasti ada kelemahannya dan setiap kelemahan pasti ada kelebihannya.   Kalau kita terlalu syok sangat belajar tanpa henti dan rehat,  boleh jadi gila tau??  Yalah,  otak pun kena rehat jugak.  Buat homework tu dahlah kena fikir sampai berjela-jela,  mestilah otak stres.  Penat tau otak exercise? Dah slim dah pun!!

Hua hua hua...   ngeri arr kalau fikir,  "Eh kenapa dia boleh gila hah?  Bukan ke dia top student?".   "Dia gila sebab buat kerja rumah melampau-lampau!"

Tak ke ngeri/kelakar/seram?   Huhuhuhu~~  relaks la korang.   Sebab tu cikgu kadang-kadang ada buat aktiviti atau lawatan ke benda tu.   Hari Sabtu dan Ahad pun mesti ada homework kan?   Rehat la sikit.  Masa dua hari cuti tu,  skip la sikit. Rehat.. hari Isnin buat balik.  :P  (Jangan tiru stail saya! Haha!)

Okeylah, banyak sangat saya membebel ni.   Oh, terlupa!  Jadi, apa jawapan kepada persoalan kita?  Jawapannya,  alam persekolahan boleh jadi macam-macam perisa;  manis, masam, pahit, masin, tawar dan payau!!   Alam persekolahan boleh jadi SANGAT MENYERONOKKAN dan MENYEKSAKAN!   

Tapi, sebenarnya, TAKLAH begitu menyeksakan!  Hasilnya mesti manis, dan pabila kita kenang usaha kita dahulu aje boleh buat kita tersenyum.  Masa tulah kita fikir,  "taklah teruk sangat ek belajar?".   Jrengggg... tamatlah sesi pembebelan merepek merapu meraban D' Black Writer pada hari ini!!!

Renung-renungkan, dan selamat beramah!  (Cilok ayat orang)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. tak jawab dosa >:(
~D' Black Writer~

0 orang hitam:

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012