Tik! Tok! Tik! Tok!


Assalamualaikum,
para pembaca~!  Hwello!  D' Black Writer is here la.  Sengaja je tulis 'As Salam' tu besar-besar biar korang dapat baca dan balas.  Sedar tak sedar, masa dah berlalu dengan begitu pantas, kan?  Saya pun baru ingat nak main game Wild Ones, Angry Birds, Baking Life dan sebagainya.  

Oh, my GOD!  Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) ada lagi...

25 hari lagi...
That's killing me.. saya tak bersedia lagi!  Oh, risaunya!  Apa patut saya buat ni?  Belajar?  Mestilah!  Itulah perkara yang perlu saya lakukan!  Belajar!  Tapi, nak buat macam mana?  Saya bukannya tough sangat macam kakak-kakak saya yang boleh study sampai jadi burung hantu.

Saya boleh jadi burung hantu bila online aje!  Kalau nak jadi burung hantu khas untuk belajar, memang lelap la wallawei.  Hisy, macam mana ni? Saya agak resah dan risau.  Saya tak tahu nak meluahkan rasa ni dekat siapa. Hanya kepada para pembaca yang budiman... uhuk!

Saya ni lahir pada hari Selasa.  Hurmm.. tak tahulah betul ke tak, tapi yang lahir hari Selasa ni biasanya susah nak beritahu perasaan dia kepada sesiapa. Dia lagi rela memperapkannya dalam hati berbanding beritahu orang.  Hatinya keras umpama batu.  Hei...  serupalah dengan saya!  

Entahlah.. bila dengan kawan-kawan,  senang aje saya cakap "aiishiteru as a friend",  "saranghae _____(nama)!" dan sebagainya yang bermaksud "I love you".   Tapi bila dengan famili,  saya susah nak bagitau.  Mulut ni berat sangat.  Haisyy.. dulu saya pernah luahkan kat Kak Ari,  dia cakap mungkin saya lebih terbuka kepada rakan-rakan, bukannya famili.

Betulkah?  Macam tak percaya!  Hu hu hu.. eh, apa yang saya membebel ni dah lari daripada tajuk dah.  :P   winking wink!  Saya nak sangat buat study group. Alhamdulillah,  kawan-kawan saya dah mula mengajak saya belajar.  Saya LIKEs 10000000!!  Suka sangat!  :)   Bagus! Positif!

Nanti bila dah tingkatan 1, saya nak duduk sangat kat asrama!  Kenapa? Ha ha ha.. mestilah sebab nak belajar.  Saya hanya dapat 'spirit of study' bila kat sekolah aje.  Bila kat rumah, mulalah 'spirit' tu lesap entah ke mana.   Kelakarlah...  saya nak duduk kat sekolah sepanjang masa. Lagi-lagi dikelilingi budak-budak yang pandai dan rajin!

Cakap pasal asrama,  hari tu Cikgu M dah bagi kami murid-murid tahun 6 borang memohon kemasukan SBP (Sekolah Berasrama Penuh).  Saya teruja sangat.  Saya nak pilih Sekolah Tun Fatimah (STF), macam kakak kedua saya, Kak Farah!  Yahooooo!!! 

Tapi,.. kalau tak diterima pulak macam mana?  Resah gelisah.  Saya ni macam terlalu berharap dengan STF.  Insya-ALLAH, dengan izin TUHAN saya dipilih di situ.  ~.~

Assalamualaikum..
~D' Black Writer~

0 orang hitam:

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012