Tips untuk Blog


Assalamualaikum, para pembaca.  Masih dalam berbahasa Melayu,  Che Black/White Violet di sini untuk menaip sesuatu.  Oh, sebenarnya topik "TIPS UNTUK BLOG" ini bukan untuk tunjuk pandai.  Saya pun sebenarnya still bengap dalam ke'blog'an semua entah apa-apa ni.  

Okeylah, saya cerita dari mana saya dapat inspirasi nak tulis topik ni.  Atau korang dah bosan dengar saya membebel? Haha.. kalau dah bosan,  skip aje,  no hal punya.  Kalau tak bosan dan bersemangat nak tahu,  baca la post ni sepanjang-panjangnya okey?  Sebenarnya, kawan saya,  Nur dan Sofia (bukan nama sebenar) bertanya,  kenapa blog saya dapat sambutan?

Yakah? Saya pun tak sedar !!  Berterima kasih kepada para blogwalker dan kawan-kawan saya yang sudi mengikuti perkembangan blog ni. Huhuhu...  ^.~   Alhamdulillah, la kan? Berbalik kepada cerita,  Nur dan Sofia (bukan nama sebenar) ingin tahu apa rahsia saya.  Tak ada rahsia sebenarnya. Tapi biarlah saya beritahu , blog-blog yang baik untuk dilihat.


TIPSING

~Orait.  Firstly,  corak-morak dan background blog mestilah mengikut trend terkini.  Ada juga yang tak ikut,  tapi masih hangat sambutannya. Ada lagi cara lain..

~Tulisan!!  Tulisan mestilah difahami dan dapat dibaca.  Jangan la terlalu halus dan kecik. Macam mana orang nak faham dan menghayati?  Ejaan pun elok-elok la sikit. =.="  Bukan semua orang tau shortcut-shortcut perkataan ni.


~Informasi.  Info-info yang terkandung dalam blog mestilah;  menarik (untuk yang suka membaca majalah hiburan atau novel cerita),  penuh ilmu (untuk yang sedang mencari fakta ilmiah untuk program sekolah atau lain-lain),  rahsia hati kita (untuk kaki penyibuk) dan banyak-banyak lagi.  Juga mestilah sopan dan elok.

~Gadget.  Ouh, kenapa tiba-tiba saya cakapkan 'gadget' ni? Aha!  Gadget pun boleh menarik perhatian orang tau ? (Seperti... saya! Hohoho).   Gadget-gadget mestilah benda yang best2, JAM,  KALENDAR, PROFIL DIRI dan sebagainya (keperluan). Kemahuan/suka-suki pula seperti VIDEO, GAMBAR, SLIDESHOW dan lain-lain. Pandai-pandai cari yang sesuai dengan background blog dan menarik ok?

~Bahasakan diri dengan gelaran yang elok.  Sesi-sesi mengutuk ni boleh jugak.. tapi hati-hati, jangan sampai kena saman!

~Luahan hati. Ermm..  sesetengah orang suka membaca luahan hati seseorang, sama ada mahu membiarkannya atau menyambut/menolongya.  Sesetengah pula yang menyampah atau bosan membaca luahan hati seseorang. Jadi, macam mana?  Kenalah pandai handle dan biarkan kedua-duanya (luahan hati dan bukan luahan hati) agar seimbang!


Dan lain-lain lagi... sebenarnya, saya tak begitu arif dalam benda-benda macam ni.  Banyak lagi orang lain yang lebih berbakat dan bijak.  Tapi, apa-apa pun, semoga benda ni berguna untuk korang dan terutamanya NUR dan SOFIA!!   Good luck to you and myself.  ^.~

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
~Dark/White Violet~


2 orang hitam:

Chum said...

waaa!!! mcm kene sindir je nie?? sindir kite ehh???

D' Black Writer said...

tak la!! sinis aje! haha.. jangan la terasa, wani~ thanks tau LinkWithin tu. hurmm... irdina tak join?

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012