[Melayu]~ Tumor Otak


Well, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Hei semua, D' Black Writer kat sini hah.  Ooppp...  jangan geli-geli ye dengan topik kali ini? Sebenarnya,  saya nak cakapkan pasal kesihatan!!  Er.. cuma topik ni bukan ke arah kesihatan.. ia lebih ke arah penyakit la... so, penyakit apa yang saya cakapkan kali ini?  Semestinya, 'tumor otak'!

Neee...  saya ada soalan. Apa itu 'tumor otak'?  Hurmm.. sebenarnya, tumor otak itu ialah kanser otak.  Hihihi!  Saya tak expert sangat dalam hal-hal ni, tapi apa-apa kes pun, saya nak berkongsi ilmu sikit!  Tak salah, kan? Mesti dapat pahala bonus pada bulan Ramadhan yang mulia ini...  huhuhu...  ^^-

Tumor otak ialah penyakit yang berbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian.  Seperti kata (rujukan) Dr. Keith Goh, penyakit ini dahulunya hanya menyerang orang yang berusia 70-an.  Namun, kini, penyakit merbahaya ini sudah menyerang dewasa bahkan paruh baya.  Ermmm...  memang pun.  Dunia sekarang dah tak selamat wallawei!  Huhuhu...

Penyakit ini mendapat tempat KEDUA setelah leukimia (kanser darah/tulang).  Penyakit tumor otak antara tempat-tempat teratas di antara penyakit lain dalam beberapa negara.  Bahaya woohhh... seram gila bila dengar.  o.O   Penyakit ini memnag menyeramkan.  Guhahahahhhh.....  (bukan ketawa ok.  >.>)

Ermm... kata Dr. Keith Goh,  tumor otak berasal dari sel-sel otak yang tidak sepatutnya.  Apa lagi?  Tumor otak ini dapat bersifat jinak (tumbuh secara perlahan-lahan, mungkin 10 tahun atau lebih!) ... takpun bersifat ganas (tumbuh dengan cepat, juga menyerang tubuh yang lain, dalam-dalam 1-2 tahun macam tulah).  Errkk....  better lagi yang bersifat jinak kut?  

Antara gejala-gejala tumor otak yang paling umum ialah sakit kepala yang berat yang semakin parah pada pagi hari, yang kadang-kala diserang mual dan muntah... turut penglihatan yang kabur atau bertambah berganda.

Selain itu, penderita juga akan mengalami kebingungan, perubahan ciri keperibadian, rasa lemah pada tangan atau kaki,  cadel (tidak mampu mengucapkan suatu huruf, dan yang paling umum ialah 'R' kepada 'L', fenomena ini dialami pada usia kanak-kanak, namun kadangkala ada juga cadel dewasa), penurunan fungsi pendengaran sehingga epilepsi. Jika terjadi segala gejala ke benda ni,  segera berjumpa dengan doktor ya! Risau pulak saya dibuatnya !huh hah huh hah...  @_@

Erm.. apa-apa pun, ini sahaja ilmu yang saya ada. Kalau ada apa-apa yang dapat saya kongsikan lagi, insya-ALLAH saya cuba sampaikan. Kalau ada apa-apa pertanyaan, tanya la ya!


~D' Black Writer~

0 orang hitam:

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012