Super Puasa!


Assalamualaikum, semua!


Hehe...  saya di sini. Saya tu siapa?  Pastilah pemilik blog ini! Ho ho ho! (Sorry la bahasa saya agak skema, sebab ada orang komen pasal ni. Haha)   Hmm..  saya terfikir,  apakah orang akan fikir sebaik mendengar nama D’ Black Writer ini?  Pasti benda-benda negatif, bukan?

Jadi, secara tak rasminya, saya ingin menukarkan nama panggilan saya kepada..

Dark/White Violet!

Amacam? Okey tak? Ohh.. jangan salah faham dengan palang [/] tu.  Palang tu bermaksud, saya tak tahu mahu pilih sama ada ‘dark’ atau ‘white’! Arhh.. keliru sey.   Saya harap, tak, saya SANGAT-SANGAT berharap agar para pembaca SUDI komen post ini, untuk mencadangkan saya nama yang sesuai.

Dark Violet?  Mendengarnya macam bunyi elegan lah! (:P nak termuntah setahun)

White Violet? Larh.. dengar macam sunyi sangat pulak!  (Saya tak adalah sebaik tu, haha!)

Jadi?  Keliru lah!   Ermm.. apa-apa  pun,  berdasarkan topik, saya nak cakap pasal puasa.  Ermm.. masa puasa-puasa, Ramadhan ni la baru nak fikir pasal makanan dan minuman, kan?  Baru terliur.  Fikiran tentang puding kastard, kek blueberry, air koko,  ABC,  fresh orange,  kek coklat, kek span, nasi ayam, ayam masa lemak, ayam masak merah,  udang kunyit, ikan tenggiri/pari masak asam pedas sahaja boleh membuatkan perut berkeroncong!!

Hahah.. dah terliur ni.  Tapi, berbanding tahun-tahun sebelum ini, saya berasa lebih bertenaga dan jarang penat.  Walaupun tak ‘mengisi minyak’ dengan makanan dan minuman,  saya berasa tenaga saya masih 100% full lagi!

Tak la, tipu aje.  Dah turun jadi 85%! Haha! Jauhnya perbezaan! Ala, takpe!  Masih gred ‘A’, lagi kan? Huhuhu...   saya sahur pukul 12 tengah malam tadi.  Mak saya cakap, nanti tak payah bangun.  Yalah tu. I hate wake up late.  =.=”    Setuju...

Semalam saya LANGSUNG tak sahur!!  Lagi la bertenaga dan sihat!!  (Ye ke sihat?)  Tapi,  bukan ke sunah Nabi Muhammad S.A.W. untuk bangun sahur?  Takpe la, makan ajelah kurma dan air masak, aje kan dah cukup?  Kenapa? Dengar kata, KURMA banyak zat-zat dan vitamin yang cukup untuk tubuh kita.  Buah kurma juga boleh membekalkan tenaga yang banyak untuk kita! Heheheheh!

Dahlah, mula la saya berleter.  Mesti korang bosan, kan?  Jujur!! Hahah!!  Saya pun nak sambung tulis cerpen dan buka zoom-a.  Kalau penat, tengok ajelah anime Shakugan No Shana atau main Angry Birds!!  Tenaga akan loaded balik! Ho ho ho!!!
Okeylah, takat tu ajelah saya merepek-meraban.  Semoga berjumpa lagi di lain post,  ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

~Dark/White Violet~


0 orang hitam:

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012