Gian Blog.. haha!!


Yaw, assalamualaikum!! Farihah a.k.a. Nana a.k.a. D’ Black Writer ada di sini! Woh, lama gila saya tak online. Kesian pulak sebab kena tinggalkan blog ni bersawang untuk beberapa bulan. Ek, beberapa minggu la kiranya. ^^”  Sorry yep...!

Oleh sebab dah lama saya tinggalkan, saya nak membebel sakan. Peace! Oh yea, hari tu dah lepas UPSR dah. Sekarang tunggu berdebar makan Twisties menunggu result aje. Even dah lepas, masih kena buat Solat Hajat untuk dilembutkan hati penanda tu, kan? Korang pun doakan la untuk saya ye... ^^” 
Memang la berdebar dup dap dup dap masa nak menjawab tu. Tapi, masa menjawab.. em.. tak susah tak senang. Biasa-biasa. Ada yang boleh dijawab, ada yang terkantoi. Hehe... biasa la tu..

Ek.. ena.. antara semua subjek yang pernah saya jawab time UPSR tu, ujian Aptitud la paling saya suka. Saya dah ‘interviu’ kebanyakan budak-budak sebaya saya, tak kira le di internet atau RL, hampir kesemuanya cakap, “Aku paling suka aptitud.”  Hohoho,,,... sama!

P/S: Maksud RL= realife

Enough la talking about UPSR. Sekarang cakap pasal kakak saya pulak. Kakak kedua saya – Kak Farah. Lagi 3 hari, dia bakal masuk dewan peperiksaan untuk menjawab Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Ek, betul ke tu maksud dia? Entah, hentam kromo je. ^^”

Kak Farah pelajar Sekolah Tun Fatimah (asrama penuh). Malam ni, warga sekolah tu ada buat jemputan untuk famili para pelajar untuk datang ke sekolah malam ni, nak buat solat hajat perdana. Saya ucapkan good luck untuk semua calon-calon PMR tahun ni. Chayok!! Chayok!!

Hahax... XD  sorry la, saya ni memang pelik sikit.  =.=”  Layan je la.. Do your best eh korang...

Sejak akhir-akhir ni, saya selalu melepaskan ‘gian’ nak beli novel-novel. Makin penuh rak almari buku saya kat belakang rumah! Eh silap, kat bilik belakang! Hua hua hua... memanglah. Banjir la nanti rumah saya dengan novel saya tu..  yang paling terbaru: Akukah Snow White Itu? karya Lily Haslina Nasir, Blues Amni: Oh Kerja! karya Rose Harissa, Baju Pengantin Mak Andam karya Areila Sahimi (yang ni pinjam je)....  dll.  1 novel = 1 hari habis baca. Memang la cepat habis, sebab dalam kelas tak buat apa-apa.  =.=” 

Dalam kelas, kitorang dok selamat je dalam kelas. Main Monopoly, Tumblin’ Monkey, UNO Card, Congkak dan macam-macam lagi la. Tapi awal-awal tu je saya main. Pastu saya menyerah angkat bendera putih. Malas betul nak main. Better baca novel.. huhuhu... lagi syiok!!

Gian betul ! xD

Tapi bila kat rumah, saya ‘hantu komputer’.  Seram gilerw, satu hari enam jam. Naik juling mata, tiap-tiap hari on Habboon, Youtube, Penulisan2u, Microsoft Word, Sekolah Sri Bangsar dan Google. Facebook? Dah lama tak on... Twitter? Saya tak ada twitter. Tu pasal pening kepala ni. On je kerjanya. Huhuhu...

Okey la, takat ni je la saya lepaskan rindu-windu dekat Blog. Nanti ada masa lagi saya menaip dan menaip untuk korang... haha ayat tak boleh blah.  :D  Chow dulu! Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh!! Follow tau!! Korang follow, I follow balik la...

The Hantu Komputer,
D’ Black Writer.

0 orang hitam:

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012