Hai, semua, assalamualaikum!!
Apa kabaq? Hehe... baru aje semalam on, hari ni on lagi. Masih lagi berasa ‘gian’
kot. Haha merapu aje lebih. Saya guna tulisan Century Schoolbook. Nice,
right?
Cheyytt! Banyak la punya nice. Biasa-biasa aje, kan? Alah, saya saja-saja
bagitau. ^^-
Font: Calisto MT
Size: 12
Entah kenapa entah saya
beritahu? Mungkin sebab takde idea nak tulis apa!! Haha.. betullah tu! Setuju
sanad-sanad! Tadi, masa saya on dekat Habboon, ada la seorang hamba ALLAH ni tegur
saya, namanya devilswalker. Entah, dah tak ada nama lain agaknya. =.=”
Kami bertukar-tukar soalan.
Macam ni; turn dia tanya, dia tanya dan saya perlu jawab. Bila turn saya, saya kena tanya dan dia
mesti jawab. Ada paham? Bagus. Dan banyak jugaklah benda yang kami
jawab-menawab, soal-menyoal ni. Lama jugak. Ada dalam 2 hours la. Dia Australian.
Dekat Habboon jugak, saya ada
kawan baik alam maya bernama nickhun96, analoveshinee dan myracuppycakes.
Saya mula-mula rapat dengan nickhun96, yakni berumur 15 tahun, tapi dia dah
lama tak on. Tapi nickhun96 ni saya jumpa dekat Habbo. Dia
mungkin sibuk dekat PMR. Jadi saya tak kisah la.
Masa jalan-jalan dekat Habbo,
saya terjumpa anaonewoppa (nama Habbo). Kami pun mulai menjadi rapat.
Kendian satu hari ni dia cakap, dia nak on dekat Habboon, ada free
credits
katanya. Itu pasal saya ikut dia, dek bosan dekat Habbo asyik berbayar aje.
Hehe..
Masa on dekat Habboon, nama dia jadi analoveshinee.
Kami masih rapat. Namun makin lama dia makin jarang online. Oh, dia berumur 11 tahun.
Setahun muda daripada saya. Kebosanan, saya jalan-jalan lagi. (Sebab saya ni
memang kaki lepak dan room raider= dalam game je ok).
Al-kisah, satu hari ada kawan
saya ni namanya myracuppycakes bercerita masalah dia sebab rungsing.
Entah kenapa dia pilih saya, saya tak tahu. Then, kami pun mulai rapat
sampailah sekarang. Huhu.. memang inilah tiga orang kawan alam maya saya yang
terbaik!!
Hmm... macam mana dengan RL
pulak? (RL= Realife). Saya masih setia menjadi pelajar di SK Taman
Impian Emas dan SA Taman Impian Emas. Ada anak lawyer, ada anak hakim, ada anak
cikgu, ada anak pegawai, anak raja, kiranya semuanya ada la. Anak perompak je
takde (hehe). Jangan maree... gurao-gurao sikit!! :D
Hmm.. apa perasaannya berkawan
dengan anak orang kaya ni? Biasa je. Saya tak memilih sangat. Dengan un-anak orang kaya pun layan.
Asalkan dia baik, okeylah. Boleh dilayan lagi. ^^- Tak suka betul saya dengan
orang-orang yang mulut “kurong hajor”. Bahasa dia yang memang ‘cantik’. Mesti korang
paham, kan?
Contoh-contoh perkataan dia
tak perlulah saya tulis, sebab memang korang faham. ^^” Ish, entahlah. Saya
memang tak suka, (even saya ada la cakap sikit? Apa dia? Entah! Tanya la
kawan-kawan saya). Ngee.. memang
pelbagai ragam manusia yang saya jumpa – alam maya dan dunia sebenar.
Macam-macam rempah-ratus ada!! Perasa manis, pahit, masin, masam, payau
segalanya ada.
Cuma kena pandai campurkan aje
supaya rasanya sedap.
Okeylah, takat tu ajelah saya
membebel sakan. Saya tulis dekat Microsoft Word, dah sampai 2 page dah. Haha..
okeylah, tatatititutu. Assalamualaikum!!!
THE
PELIK GIRL,
D’ Black Writer.
0 orang hitam:
Post a Comment