Kerja Kebajikan Tahun 6

Assalamualaikum...
Hai, semua!! D' Black Writer ada kat sini!!
Saya pun tak ada topik yang 'sensasi yang langsung tak sensasi' untuk dibebelkan hari ini. Hanya mengisi masa terluang dengan menaip merapu-rapu di blog. OH ye, sebelum saya terlupa, all the best for PMR candidates!!!  DAPATKAN 8A-9A, yaw!!! Semoga korang semua berjaya! Amin amin ya rabbal alamin...  *meraup muka, aminkan doa*

Apa lagi yang 'hot'? Ala, takde apa yang panas. Cuaca redup je hari ni. A'ah la, saya terlupa nak ceritakan apa yang telah berlaku di sekolah tadi!! ^^-  Yeah, dapat topik untuk ditulis!


Haha, tersengih gumbira.  Pagi tadi, kat sekolah, kami murid-murid Tahun 6 kena bersihkan tembok keliling padang tu!! Ah, penuh dengan lumut!! >.< Memanglah awal-awal agak geli, tapi lama-lama dah okey dengan 'rakan-rakan hijau' saya tu. Bertambah seronok sebab ada kawan-kawan yang banyak kerenah! xD

Tadi just bersihkan tembok, hilangkan lumut-lumut tu. Ah, patah tulang belakang saya, tau!! Memang sakit, tapi taklah terasa rugi sebab best sangat.  ^^-  Esok, kena cat pulak. Adoiyai, terseksa betul!!!! (Penulis, jangan nak mengada-ngada!! Kira okey la ada pengalaman nak mengecat sekolah!!)

A'ah, betul jugak kan? Okey la, boleh dibuat pengalaman dan kenangan, dan kemudian disimpan rapi di dalam kotak memori saya untuk dikenang pada masa akan datang. Insya-ALLAH. Kawan-kawan saya banyak yang bermain-main air setelah berpenat-lelah. Ekhem!!! hhaha.. cikgu pun ada sediakan air oren.  Sedap seyh. 

Okeylah derr, sampai sini saje. Nanti ada masa saya akan membebel sakan tak ingat dunia lagi, okey? Chow cin cau!! Wa pegi dulu!! Hehe ... trademark entah hape-hape, macam gangster tak cukup umur!

BUDAK YG BERSIHKAN LUMUT,
D' Black Writer.

0 orang hitam:

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012