Sebuah Cerita (Part 1)


SEBUAH CERITA SASPENS
KARYA SULUNG FARIHAH SYAHMINA
DI BLOGNYA



Thud!

Amelisa tersentak. Dia segera menoleh ke belakang. Tiada sesiapa. Amelisa melepaskan hela nafas lega perlahan. ‘Mungkin hanya perasaan aku je tadi,’ fikirnya sekadar untuk menenangkan hati yang bergolak penuh kerisauan. Dia terus menundukkan kepalanya, mendiamkan dirinya.

Berseorangan di bus stop pada lewat malam sebegini memang tidak patut. Lagi-lagi dia ialah seorang wanita. Memandangkan teman lelakinya, Amerul tidak dapat mengambilnya di tempat kerjanya pada hari ini, Amelisa terpaksa menaiki bas awam. Dia kerja overtime hari ini dan keretanya pula rosak dan masih dibaiki. Amelisa mengetapkan bibirnya.

Thud!

Sekali lagi, dia terdengar bunyi yang tidak diketahui mana puncanya itu. Amelisa sudah berpeluh dingin. Ketakutan mulai menjalar dirinya. Amelisa menelan air liurnya yang terasa berpasir. Amelisa memandang ke kiri dan ke kanan. Jalanraya kosong! Tiada sesiapa di situ melainkan dirinya sahaja.

Amelisa merengus. Dia mula memandang ke belakang untuk melihat apa yang terjadi. Namun, sebaik sahaja dia menoleh, ada tangan menekup mulutnya dengan sehelai kain yang mengandungi klorofom. Amelisa tersentak. Bau kain itu meloyakan tekaknya. Pada awalnya, dia cuba melepaskan dirinya dengan bergelut. Namun, semakin lama, dirinya semakin lemah. Dan akhirnya.. tidak menyedarkan dirinya.

Besambung!! Please komen cerita ni okey! Saya menanti komen-komen korang!! ;)

Farihah

0 orang hitam:

Sila Tinggalkan Link

Not even the detectives, but I can sense your existence by your LINKS. ;)
Segala benda di dalam blog ni sepenuhnya milik D' BLACK WRITER. 2011-2012